the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 8, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Empat murid tahfiz dilapor hilang sejak Isnin lepas

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan menerima laporan berhubung kehilangan empat murid sebuah pusat tahfiz di Datuk Keramat di sini sejak Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju ACP Mohamad Lazim Ismail berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada Selasa.

“Berdasarkan laporan yang diterima, empat murid ini keluar dari pusat tahfiz dan tidak pulang. Setakat ini, kesemua mereka belum ditemukan dan usaha pencarian masih dijalankan,“ katanya ketika dihubungi hari ini.

Bagaimanapun, beliau tidak mendedahkan butiran mengenai kanak-kanak berkenaan berdasarkan Akta Kanak-Kanak 2001.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai kehilangan empat kanak-kanak lelaki berusia 10 hingga 12 tahun yang juga penghuni pusat tahfiz dengan keluarga meminta bantuan orang ramai bagi mengesan mereka.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

LPT3 implementation, vape issue among focus of Dewan Rakyat today

The proposed implementation of the LPT3 through a public-private partnership (PPP) model and measures to curb syndicates distributing harmful vape products targeting youths and school students are among the focus of the Dewan Rakyat sitting today.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings