the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
26.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Facebook sekat audio tular langgar dasar kandungan platform

KUALA LUMPUR: Audio tular yang didakwa dirakam semasa mesyuarat dalaman telah disekat oleh Facebook (Meta) susulan pelanggaran dasar kandungan platform itu, menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

Menerusi kenyataan hari ini, MCMC memaklumkan tindakan itu dibuat sepenuhnya berdasarkan pelanggaran garis panduan komuniti dan piawaian kandungan platform tersebut.

Menurut MCMC, tindakan pemantauan dan siasatan dijalankan berdasarkan aduan yang diterima daripada orang ramai.

“MCMC memandang serius perbuatan memuat naik atau berkongsi audio dan video tanpa kebenaran, khususnya apabila kandungan tersebut berpotensi melanggar privasi dan menyebarkan maklumat yang mengelirukan, berunsur jelik atau menimbulkan kegusaran kepada individu terlibat.

“MCMC ingin mengingatkan semua pihak supaya lebih berhati-hati dalam berkongsi kandungan di platform digital,” menurut kenyataan itu.

MCMC memaklumkan sebarang penyebaran maklumat yang tidak sah atau berunsur provokasi boleh dikenakan tindakan di bawah undang-undang sedia ada termasuk Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Singapore’s Largest Pet Event Returns Bigger Than Ever with Singapore Pet Festival 2026

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 24 July 2026 - Pet lovers can look forward to the return of SG Pet Festival 2026, Singapore's largest pet exhibition, happening from 31 July to 2 August 2026 at Marina Bay Sands Convention Centre, Halls A, B, C & D.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings