the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
21.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Gangguan air di tujuh daerah dijangka pulih sepenuhnya Jumaat ini – Exco

SHAH ALAM: Gangguan air di tujuh daerah akibat pencemaran bau yang dikesan di beberapa sungai di Selangor dijangka pulih sepenuhnya Jumaat ini, kata Exco Infrastruktur dan Pertanian Negeri Izham Hashim.

Izham berkata bekalan air kepada pengguna di sebahagian kawasan yang terjejas juga dijangka pulih seawal 8 pagi esok susulan kesemua Loji Rawatan Air (LRA) yang terlibat telah beroperasi sepenuhnya.

Beliau berkata LRA Rantau Panjang, LRA Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 (SPP1, SSP2 dan SSP3) telah kembali beroperasi sepenuhnya bermula 3 petang tadi.

“Pengagihan air melibatkan LRA Rantau Panjang mula dilaksanakan bermula 6 petang tadi manakala tiga SSP lagi dijangka pada 8 pagi esok.

“Kawasan kediaman yang mempunyai tekanan air rendah mengambil sedikit masa, namun sebahagian besar pengguna akan mendapat bekalan air dalam tempoh 24 jam,“ katanya pada sidang media khas berkenaan isu tersebut di sini hari ini.

Dalam pada itu, Izham berkata premis yang menyebabkan air tercemar apabila sisa mengalir ke sungai telah dikenakan tindakan kompaun oleh Majlis Perbandaran Selayang.

Terdahulu, Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Selangor Jamaliah Jamaludin dalam kenyataan memaklumkan pencemaran bau berkenaan yang dikesan sejak semalam berpunca daripada premis kilang dipercayai memproses bahan akrilik untuk dikitar semula.

Air Selangor dalam kenyataan turut memaklumkan tujuh kawasan di Lembah Klang iaitu Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor dan Kuala Selangor mengalami gangguan air tidak berjadual ekoran empat LRA dihenti tugas sementara berikutan pencemaran itu.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings