the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
28.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Gaza: 202 mayat dibawa ke hospital dalam tempoh 48 jam lepas

ANKARA: Sekurang-kurangnya 55,908 rakyat Palestin maut sejak tercetusnya perang genosid oleh Israel pada Oktober 2023, menurut Kementerian Kesihatan Gaza pada Sabtu.

Anadolu Ajansi (AA) melaporkan kementerian itu menyatakan 202 mayat telah dibawa ke hospital dalam tempoh 48 jam lepas, manakala 1,037 orang cedera, menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang cedera akibat serangan Israel kini mencecah 131,138 orang.

“Ramai mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan dan di atas jalan kerana pasukan penyelamat tidak dapat mengakses lokasi,” katanya.

Kementerian Kesihatan Gaza turut melaporkan bahawa sejak 27 Mei, sekurang-kurangnya 450 rakyat Palestin terbunuh dan 3,466 lagi cedera ketika cuba mendapatkan bantuan kemanusiaan susulan serangan berterusan Israel yang menyasarkan kawasan pengagihan bantuan.

Tentera Israel menyambung semula serangan ke atas Semenanjung Gaza pada 18 Mac dan sejak itu 5,599 orang maut serta mencederakan 19,097 yang lain, sekali gus menjejaskan perjanjian gencatan senjata dan pertukaran tahanan yang dimeterai pada Januari.

Pada November lepas, Mahkamah Jenayah Antarabangsa telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanannya Yoav Gallant atas kesalahan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza.

Israel juga sedang berdepan kes genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa susulan serangannya terhadap wilayah yang dikepung itu.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

‘Ladies here, you need to respect them’ – French travel show highlights Rapid KL’s...

“You might see a group of women trying to push you out of the train!” the commuter laughed. “But in the worst-case scenario, you could be reported. They could pull the alarm, report you to an officer on the platform, and the officer would ask you to leave.”

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings