the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
22.2 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Guru agama Indonesia dipenjara 8 tahun, sebat atas amang seksual murid

Seorang guru agama warga Indonesia dihukum penjara lapan tahun dan enam sebatan kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap murid lelaki di sebuah sekolah di Wangsa Maju.

KUALA LUMPUR: Seorang guru agama warga Indonesia dihukum penjara lapan tahun dan enam sebatan oleh Mahkamah Sesyen hari ini.

Kumpul, 40, mengaku bersalah atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang murid lelaki tahun lepas.

Hakim Tasnim Abu Bakar menjatuhkan hukuman penjara empat tahun dan tiga sebatan bagi setiap pertuduhan.

Hukuman itu akan berjalan secara berasingan bermula dari tarikh tangkapannya pada 25 Disember 2025.

Mahkamah juga memerintahkan lelaki itu menjalani khidmat kaunseling sepanjang tempoh pemenjaraan.

Dia akan menjalani pengawasan polis selama dua tahun selepas selesai menjalani hukuman penjara.

Mangsa yang kini berusia 11 tahun turut diperintahkan menjalani sesi kaunseling.

Kanak-kanak itu akan ditempatkan di bawah pemantauan Jabatan Kebajikan Masyarakat sehingga pihak JKM berpuas hati dengan pemulihannya.

Kumpul didakwa melakukan perbuatan itu di bilik rehat guru dan di dalam kelas sebuah sekolah rendah agama di Wangsa Maju.

Insiden pertama berlaku pada pukul 3 petang April 2024 manakala yang kedua pada November 2025.

Dia didakwa mengikut Seksyen 14(a) dan Seksyen 16(1) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Seksyen 14(a) memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh disebat.

Seksyen 16(1) memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan minimum dua sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya Siti Pervinah Mohamad Yusof memohon hukuman setimpal.

Beliau berkata perbuatan tertuduh boleh memberikan kesan psikologi jangka panjang kepada mangsa yang merupakan seorang kanak-kanak.

Pihak pendakwaan turut memohon mangsa diletakkan di bawah pengawasan dan pemantauan JKM.

Kumpul yang tidak diwakili peguam merayu hukuman yang lebih ringan.

Dia memberi alasan menanggung keluarga dan empat orang anak lelaki serta menyatakan penyesalan atas perbuatannya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

New records and fierce competition define Round 2 of MotoMini Malaysia

The spotlight this weekend was firmly on the SIC Ohvale Junior Championship, where Haqim Al Mahdi continued to prove himself as the most consistent rider in the field by securing another two victories, extending his winning streak to four consecutive races.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings