the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, July 13, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Guru antara paling ramai bankrap, Selangor catat kes tertinggi

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

Selangor catat kes kebankrapan tertinggi, dengan guru antara penjawat awam paling ramai terlibat akibat komitmen pinjaman peribadi tinggi.

JASIN: Selangor merekodkan jumlah kes kebankrapan tertinggi di negara ini, dengan golongan guru merupakan antara penjawat awam yang paling ramai terlibat.

Ketua Pengarah Insolvensi Malaysia Datuk Ishak Bakri berkata antara puncanya ialah komitmen pinjaman peribadi yang tinggi.

Beliau berkata data menunjukkan golongan berpendapatan tetap lebih terdedah kepada risiko kebankrapan.

“Golongan ini mempunyai pendapatan tetap, menyebabkan akses kepada pinjaman lebih mudah, namun apabila komitmen tidak terkawal, ia memberi tekanan kewangan jangka panjang,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Literasi Kewangan di Politeknik Merlimau Melaka.

Dalam pada itu, Ishak berkata 200,000 individu berjaya dilepaskan daripada status kebankrapan tahun lepas.

Beliau berkata sistem insolvensi negara kini menumpukan kepada aspek kebajikan dan pemulihan.

“Antara pembaharuan utama ialah pindaan Akta Insolvensi pada 2023 yang memberi kuasa kepada Ketua Pengarah Insolvensi untuk melepaskan individu bankrap tanpa perlu melalui perintah mahkamah,” katanya.

Kriteria pelepasan termasuk individu berusia lebih 70 tahun dan kes yang berlarutan terlalu lama.

Ishak berkata Malaysia antara negara terawal yang memasukkan elemen kesihatan mental sebagai kriteria pelepasan.

“Jika disahkan oleh panel doktor secara sulit, pelepasan boleh dibuat serta-merta,” katanya.

MDI turut merancang untuk memperkenalkan kriteria baharu pelepasan melibatkan ibu tunggal dan mangsa penipuan kewangan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings