the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, July 13, 2026
32.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Guru rugi RM325,000 diperdaya sindiket panggilan penipuan

State Election

Johor State Election 2026

11 July 2026 Johor, Malaysia
Learn more

Seorang guru di Pahang kerugian RM325,000 selepas diperdaya sindiket penipuan panggilan telefon yang menyamar sebagai pegawai AMLA.

KUANTAN: Seorang guru kerugian RM325,000 selepas diperdaya sindiket penipuan panggilan telefon oleh individu yang menyamar sebagai pegawai Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram (AMLA).

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata wanita berusia 38 tahun itu menerima panggilan daripada individu terbabit yang mendakwa mangsa telah membuka beberapa akaun bank di Johor dan terlibat dengan kes pengubahan wang haram.

Mangsa kemudiannya diarahkan untuk memindahkan wang sebagai jaminan ke beberapa akaun bank yang diberikan oleh suspek.

Wanita itu telah membuat 21 transaksi pindahan wang menggunakan simpanan peribadi dan pinjaman bank ke lima akaun bank berbeza, dalam tempoh 29 September hingga 4 November 2025.

Mangsa hanya menyedari ditipu apabila gagal menghubungi suspek, nombor telefon telah disekat serta wangnya tidak dipulangkan seperti dijanjikan.

Sehubungan itu, Yahaya menasihati orang ramai agar tidak panik apabila menerima panggilan daripada individu tidak dikenali khususnya yang mendakwa daripada agensi penguat kuasa atau institusi kewangan.

Orang ramai juga diingatkan supaya membuat semakan nombor akaun diterima menerusi pautan https://semakmule.rmp.gov.my/ sebelum membuat sebarang transaksi.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Witness protection amendment bill tabled for first reading

The Witness Protection (Amendment) Bill 2026, aimed at enhancing witness protection with psychological and post-protection support, was tabled for first reading in the Dewan Rakyat.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings