the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
30.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Hajiji Noor dilantik semula sebagai Ketua Menteri Sabah

Datuk Seri Hajiji Noor mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah di Istana Seri Kinabalu, memulakan penggal baharu memimpin negeri

KOTA KINABALU: Datuk Seri Hajiji Noor dilantik semula sebagai Ketua Menteri Sabah di Istana Seri Kinabalu.

Beliau mengangkat sumpah pada jam 3.05 pagi bagi memulakan penggal baharu memimpin negeri.

Hajiji, 70, berasal dari Kampung Serusup, Tuaran dan berkahwin dengan Datin Julia Salag.

Pasangan ini dikurniakan tiga anak lelaki, seorang anak perempuan serta 12 cucu.

Beliau pernah memegang portfolio Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan dalam kerajaan negeri.

Hajiji juga pernah menjadi Pembantu Menteri di beberapa kementerian termasuk Kebudayaan, Belia dan Sukan.

Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah itu pertama kali menjadi Ketua Menteri ke-16 pada 29 September 2020.

Beliau menceburi politik melalui Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) pada usia 30-an.

Hajiji memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Sulaman buat pertama kali pada Pilihan Raya Negeri 1990.

Beliau berjaya mengekalkan kerusi Sulaman selama sembilan penggal berturut-turut.

Pada PRN kali ini, Hajiji memperoleh majoriti 8,919 undi dalam persaingan lima penjuru.

Beliau juga memegang jawatan Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah.

Hajiji pernah menjadi Ketua UMNO Bahagian Tuaran dan Pengerusi UMNO Sabah.

Beliau juga pernah memegang jawatan Ketua Badan Pimpinan Bersatu dan Pengerusi Perikatan Nasional. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Singapore’s Largest Pet Event Returns Bigger Than Ever with Singapore Pet Festival 2026

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 24 July 2026 - Pet lovers can look forward to the return of SG Pet Festival 2026, Singapore's largest pet exhibition, happening from 31 July to 2 August 2026 at Marina Bay Sands Convention Centre, Halls A, B, C & D.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings