the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, July 1, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Hati-hati suara pandangan, kebebasan bersuara bukan tiket hina agama lain

KUALA LUMPUR: Semua pihak diingatkan supaya berhati-hati dalam menyuarakan pandangan mengenai agama kerana kebebasan bersuara bukan alasan untuk menghina atau merendahkan kepercayaan orang lain.

Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang yang menegaskan perkara itu berkata perbuatan menyebarkan berita palsu atau kenyataan bersifat provokatif mengenai agama boleh memburukkan keadaan dan mengundang ketegangan antara masyarakat di negara ini.

“Sebagai sebuah negara yang kaya dengan kepelbagaian, kita tidak boleh menafikan bahawa perbezaan wujud dalam pelbagai aspek kehidupan.

“Namun, kita harus melihat perbezaan ini sebagai kekuatan dan bukannya kelemahan. Kepelbagaian ini tidak seharusnya menjadi jurang pemisah, sebaliknya menjadi asas kepada satu masyarakat yang inklusif serta saling menghormati,” katanya ketika merasmikan Program Jejak Harmoni Sempena Minggu Keharmonian Antara Penganut Agama Sedunia di sini hari ini.

Sehubungan itu, Aaron menyeru rakyat mengamalkan sikap matang dalam setiap perbincangan berkaitan agama dan kaum serta menggunakan kebebasan bersuara untuk membina keharmonian serta perpaduan yang lebih kukuh.

“Media sosial menjadi platform utama dalam menyebarkan maklumat, dan penggunaannya haruslah dengan penuh tanggungjawab,” katanya.

Beliau berkata kerajaan sentiasa komited dalam memastikan perpaduan rakyat terus diperkukuh menerusi pelbagai inisiatif dan dasar yang menggalakkan interaksi, keharmonian serta kesejahteraan bersama.

Aaron menyeru semua pihak, khususnya pertubuhan agama untuk turut mengambil bahagian dalam melaksanakan aktiviti berunsurkan keharmonian dengan menyebarkan mesej keharmonian bagi menyokong pencapaian matlamat Insiatif Harmoni MADANI ini.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

#LUXMyWill: Beauty Brand LUX Turns “#BuryMeInThis” From Social Media Trend Into Legal Declaration

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - Global beauty brand LUX, in collaboration with VML Singapore, has launched #LUXMyWill — an initiative that transforms one of social media's most talked-about beauty trends into a formal, lasting declaration of personal style.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings