the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

HRPZ II catat sejarah dengan pembedahan lutut robotik pertama di Kelantan

Hospital Raja Perempuan Zainab II laksanakan pembedahan penggantian sendi lutut pertama di Kelantan menggunakan teknologi robotik, beri ketepatan lebih tinggi

KOTA BHARU: Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) mencatat sejarah tersendiri dalam perkhidmatan ortopedik di negeri ini apabila berjaya melaksanakan pembedahan penggantian sendi lutut menggunakan teknologi robotik buat pertama kali, hari ini.

Pengarah Kesihatan Kelantan Datuk Dr Mohd Azman Yacob, berkata kejayaan itu menjadikan HRPZ II sebagai hospital pertama di Kelantan dan Pantai Timur yang menggunakan teknologi robotik bagi prosedur berkenaan.

Beliau berkata HRPZ II turut menjadi hospital Kementerian Kesihatan (KKM) ketiga di negara ini yang melaksanakan pembedahan berkenaan selepas Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada 2022, diikuti Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh.

“Penggunaan teknologi robotik ini memberi kelebihan kepada pesakit dari segi ketepatan pembedahan yang lebih tinggi, pengurangan kesakitan selepas pembedahan serta tempoh pemulihan yang lebih singkat dan berkesan.

“Pembedahan pertama membabitkan seorang warga emas, Mohd Jilani Jaffar, 63, yang mengalami masalah sakit sendi lutut sejak beberapa tahun lalu,” katanya pada sidang media Pembedahan Menggunakan Teknologi Robotik Bilateral Total Knee Replacement (TKR) Pertama di Kelantan di HRPZ II, di sini, hari ini.

Dr Mohd Azman berkata teknologi robotik itu membolehkan pakar bedah merancang prosedur pembedahan secara lebih terperinci melalui imej tiga dimensi masa nyata, pengesanan imbangan ligamen serta penentuan sudut dan ketebalan pemotongan tulang dengan ketepatan tinggi.

“Ketepatan ini dapat mengurangkan risiko ketidaksejajaran dan meminimumkan variasi hasil pembedahan antara operator. Pesakit juga berpotensi mengalami pendarahan dan trauma tisu yang minimum serta dapat bergerak lebih awal berbanding kaedah konvensional,” katanya.

Beliau berkata HRPZ II mempunyai tiga pakar bedah terlatih bagi mengendalikan pembedahan berkenaan dan menyediakan dua slot pembedahan setiap minggu melibatkan enam pesakit dengan kos berpatutan, manakala golongan B40 boleh mendapatkan rawatan secara percuma melalui tabung bantuan perubatan.

Menurutnya, hospital itu melaksanakan kira-kira 150 pembedahan penggantian sendi setiap tahun, termasuk 110 pembedahan lutut dengan 19 kes melibatkan pembedahan bilateral.

“Tahun lalu, sebanyak 80 penggantian sendi lutut dilaksanakan dan 25 daripadanya membabitkan pembedahan bilateral dalam satu sesi, sekali gus menjadikan HRPZ II antara hospital KKM paling aktif melaksanakan prosedur ini di negara ini,” katanya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings