the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
20.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Ibu dan kekasih didakwa bunuh kanak-kanak lelaki tiga tahun

KLANG: Sepasang kekasih didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menyebabkan kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun, Disember lepas.

M. Sutha, 26, yang merupakan ibu kandung kepada kanak-kanak itu dan S. Davandakumar, 28, hanya mendiamkan diri ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret P. Sarulatha.

Mengikut pertuduhan yang dibacakan bersama, pasangan kekasih itu secara bersama telah menyebabkan kematian K. Nithish di sebuah rumah dI Jalan Hulubalang, Taman Sentosa di sini pada 24 Dis lepas.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun yang sama, yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur’ain Madihah Zulkifli manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 23 Mac depan.

Pada 28 Dis lepas, media melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun maut dipercayai akibat didera menggunakan kayu, tali pinggang serta penyangkut baju di daerah itu. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings