the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Imigresen sediakan 970,000 buku pasport untuk pembaharuan pasport

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen Malaysia telah menyediakan sebanyak 970,000 buku pasport bagi tujuan pembaharuan Pasport Malaysia Antarabangsa sempena pembukaan sempadan negara pada 1 April ini.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata jumlah itu dijangka mencukupi sehingga Julai tahun ini bagi kegunaan rakyat negara ini yang ingin memperbaharui pasport mereka untuk keluar negara.

“Di dalam stok imigresen sekarang ini, kami mempunyai sebanyak 970,000 bilangan buku pasport yang mana jumlah ini dijangka mencukupi sehingga Julai tahun ini dan selepas itu barulah pihak kami akan menambah semula stok buku pasport.

Bilangan unjuran ini dibuat berdasarkan kepada jumlah statistik pembaharuan pasport dalam negara kita sebelum berlakunya pandemik COVID-19, dan pada ketika itu, jumlah rakyat kita yang memohon dan memperbaharui pasport mereka setiap tahun adalah antara 2.3 hingga 2.5 juta setahun,” katanya dalam program Bicara Naratif yang disiarkan secara langsung di saluran TV1 Radio Televisyen Malaysia (RTM) malam ini.

Menurutnya, Malaysia akan membenarkan rakyat dan pelancong asing memasuki negara ini bermula 1 April selepas pintu masuk sempadan negara ditutup sejak Mac 2020 bagi menangani pandemik COVID-19.

Sementara itu, bagi mengatasi masalah kesesakan di pintu keluar-masuk antarabangsa sempena bulan Ramadan dan musim mengerjakan ibadah umrah bermula April ini, Khairul Dzaimee berkata pihaknya akan menggalakkan para jemaah menggunakan sistem laluan automatik daripada kaunter manual.

“Ia bagi membolehkan urusan keluar masuk negara berjalan dengan lancar. Selain itu, strategi lain yang akan digunakan ialah kami akan membuka kaunter khas bagi jemaah yang tidak berupaya menggunakan ‘autogate’,” katanya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings