the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Imigresen tumpas sindiket pelacuran ‘outcall girl’, tahan 49 warga asing

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen menumpaskan satu sindiket pelacuran outcall girl dengan penahanan 49 warga asing serta tiga lelaki tempatan yang dipercayai bertindak sebagai transporter dan penjaga premis, dalam tiga serbuan di sekitar ibu negara, Jumaat lepas.

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Imigresen Jafri Embok Taha berkata mereka yang ditahan terdiri daripada 32 wanita warga Indonesia, 13 wanita warga Thailand, tiga wanita warga Vietnam dan seorang lelaki Afghanistan, berumur lingkungan 18 hingga 36 tahun.

“Sindiket ini yang dipercayai telah beroperasi selama setahun ini dengan mempromosikan wanita warga asing dengan menggunakan gambar mereka melalui aplikasi Telegram dan WhatsApp.

“Wanita yang dipilih akan diuruskan penghantarannya ke hotel atau tempat yang dikehendaki pelanggan oleh seorang lelaki tempatan yang berperanan sebagai transporter,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pelanggan akan dikenakan bayaran antara RM400 hingga RM1,200 mengikut pakej yang disediakan sindiket dan transaksi dilakukan secara melalui tunai atau secara dalam talian sebelum ‘outcall girl’ diserahkan kepada pelanggan.

Sementara itu, Jafri berkata hasil semakan awal mendapati lapan wanita Thailand yang ditahan memiliki Pas Lawatan Sosial yang masih sah, manakala warga asing yang lain tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan atau pas sah untuk berada di negara ini.

Dalam serbuan itu, katanya sejumlah kondom, peralatan seks, lapan pasport Thailand, wang tunai sebanyak RM300, tuala, peralatan kamera litar tertutup dan sebuah kenderaan Perodua Axia turut dirampas.

Jafri berkata kesemua warga asing itu ditahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963 dan dihantar ke Depot Imigresen Semenyih, Selangor.

“Seorang daripada lelaki tempatan yang ditahan, disiasat di bawah Seksyen 55E Akta Imigresen 1959/63 manakala dua lagi lelaki ditahan di bawah Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63,“ katanya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings