the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
28.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Individu terlibat dadah, cenderung terdedah kepada jenayah lain

PUTRAJAYA: Kajian yang dijalankan Pusat Sains Data Kementerian Dalam Negeri (KDN) mendapati individu yang terlibat dengan penagihan dan pengedaran dadah, cenderung untuk terdedah kepada beberapa jenis jenayah lain, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata mereka yang dikaitkan dengan kesalahan di bawah Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, iaitu memasukkan dadah ke dalam badan, individu itu akan terlibat dengan 28 jenis jenayah lain seperti peras ugut jenayah, rasuah dan lain-lain.

“Kalau dia terlibat dengan kesalahan di bawah Seksyen 12 (2) ADB, iaitu memiliki dadah, dia akan terlibat dengan 11 jenayah lain.

“Data ini memberi isyarat kepada kita bahawa jika mahu tangani puluhan jenayah lain, kita perlu atasi masalah dadah dahulu,” katanya ketika Sesi Minum Petang sempena Peringatan Hari Antidadah 2025, di sini hari ini.

Saifuddin Nasution berkata usaha memerangi dadah bukan terletak atas bahu kerajaan semata-mata, sebaliknya ia memerlukan penglibatan semua pihak temasuk agensi swasta, komuniti dan pakar berkaitan.

“Zaman kerajaan tahu segalanya sudah berakhir. (Untuk) memerangi hal dadah, kita tak boleh buat macam status quo macam sekarang, dah tak bolehlah kalau kita peluk tubuh untuk harap perubahan.

“Kita kena jadikan ia satu gerakan nasional, libatkan semua pihak berkepentingan, pimpinan masyarakat, pemimpin komuniti, anak sekolah, pemimpin belia dan lain-lain lagi. Kena ada anjakan daripada cara biasa yang kita buat,” katanya.

Saifuddin Nasution berkata berdasarkan statistik terkini, jumlah klien Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) yang direkodkan pada suku pertama tahun ini sebanyak 108,409 kes, penurunan 10.5 peratus berbanding 121,170 kes pada tempoh yang sama tahun lepas.

“Kadar kepulihan klien AADK ketika ini mencecah 80 peratus dalam tempoh dua tahun dan ia satu angka yang membanggakan,“ katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings