the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, January 22, 2026
26.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Isteri bekas PTD didakwa terima RM77,000 hasil aktiviti haram

Salwani Anuar, isteri bekas Panglima Tentera Darat, mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan terima wang haram berjumlah RM77,000

KUALA LUMPUR: Isteri kepada bekas Panglima Tentera Darat (PTD) Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan, Salwani Anuar @ Kamaruddin dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM77,000, dua tahun lepas.

Salwani, 27, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas keempat-empat pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Rosli Ahmad.

”Faham (pertuduhan), saya mengaku tidak bersalah,” katanya selepas pertuduhan dibacakan satu persatu.

Bagi pertuduhan pertama hingga keempat, wanita itu didakwa, sebagai pengawal Syarikat Wany Venture, telah menerima wang hasil daripada aktiviti haram iaitu masing-masing berjumlah RM50,000, RM7,000, RM10,000 dan RM10,000 yang dimasukkan ke dalam sebuah akaun bank milik syarikat tersebut di sebuah bank cawangan Damansara Heights, Wisma UOA II di sini, antara 24 Nov 2024 hingga 25 Nov 2025.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Subseksyen 4(1) (b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001 dan dibaca bersama dengan Subseksyen 87(1)(a) akta sama, serta boleh dihukum di bawah Subseksyen 4(1) akta serupa.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau hasil aktiviti haram atau RM5 juta yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories