the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
29.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Jambatan Bailey siap di Kampung Sungai Mok, laluan dibuka

Jambatan Bailey sepanjang 30.48 meter di Kampung Sungai Mok, Rompin siap dipasang, laluan dibuka semula kepada kenderaan ringan hari ini

ROMPIN: Pemasangan jambatan Bailey di Kampung Sungai Mok telah siap dan laluan berkenaan dibuka kepada pengguna bermula hari ini.

Jabatan Kerja Raya Daerah Rompin memaklumkan pemasangan jambatan keluli modular sepanjang 30.48 meter itu bermula pada 6 Januari dan berjaya disiapkan semalam.

“Laluan tersebut telah dibuka semula kepada orang awam pada 11 Januari 2026,” menurut hantaran JKR di Facebook.

Jambatan sedia ada di kampung itu runtuh pada 2 Januari lalu, memutuskan laluan utama penduduk.

Kejadian itu berpunca daripada peningkatan kadar aliran Sungai Mok susulan hujan lebat berterusan.

“Keadaan tersebut menyebabkan berlakunya hakisan pada struktur abutment jambatan sedia ada, seterusnya mengakibatkan kegagalan struktur dan runtuhan jambatan,” menurut hantaran itu.

Bagi menangani situasi kecemasan, JKR melaksanakan kerja-kerja penyambungan laluan yang terputus dengan segera.

Skop kerja awal melibatkan pengalihan struktur runtuhan dan kerja-kerja perlindungan tebing sungai menggunakan kaedah rock fill.

JKR memaklumkan laluan berkenaan dibuka untuk semua kenderaan ringan dengan had muatan lapan tan dan kelajuan 20 km/j.

Kenderaan berat yang melebihi had muatan dilarang sama sekali melalui jambatan berkenaan.

“Sila patuh papan tanda dan arahan yang telah disediakan,” menurut notis pemakluman JKR.

Media sebelum ini melaporkan jambatan di kampung Sungai Mok runtuh pada 2 Januari lalu.

Polis membantu memindahkan beberapa individu yang terperangkap susulan kejadian itu.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Anwar says leadership must be earned through results

Anwar said Aminuddin has earned the coalition’s continued backing because of his performance in leading the state administration, his commitment to the people and ability to attract investments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings