the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, December 29, 2025
27.8 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Jambatan Sungai Rambai ditutup akibat struktur tiang rosak

Jambatan Sungai Rambai FT001 ditutup serta-merta selepas struktur tiang rosak, pengguna dinasihat guna laluan alternatif Lebuh AMJ

JOHOR BAHRU: Jambatan Sungai Rambai FT001 yang menghubungkan Kesang di Tangkak dan Sungai Rambai, Melaka, telah ditutup serta-merta hari ini.

Penutupan itu dibuat susulan kerosakan pada struktur tiang jambatan yang didapati tidak selamat untuk dilalui.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi negeri Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata Jabatan Kerja Raya (JKR) mendapati kerosakan itu berkemungkinan berpunca daripada arus air sungai yang deras.

Beliau turut menyatakan ia mungkin disebabkan sisa pokok yang hanyut dan merempuh struktur jambatan.

“Berkemungkinan struktur tanah dasar sungai juga terhakis,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Justeru, pengguna jalan raya untuk semua jenis kenderaan dinasihatkan menggunakan laluan alternatif.

Laluan yang dicadangkan ialah Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ).

Mohamad Fazli berkata tindakan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories