the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Jelajah KPDN Zon Selatan sasar jualan RM300,000 di Iskandar Puteri

ISKANDAR PUTERI: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menyasarkan nilai jualan melebihi RM300,000, sepanjang tiga hari pelaksanaan “Kempen Beli Barangan Malaysia” (KBBM) sempena program Jelajah KPDN 2025 Zon Selatan bermula semalam.

Pengarah Bahagian Pembangunan Perniagaan KPDN Adiratno Che Ani berkata pada hari pertama, semalam, khemah KBBM berjaya mencatatkan nilai jualan mencecah RM93,910, meskipun berlangsung serentak dengan beberapa acara berskala besar lain di negeri ini.

“Kita menjangkakan kuasa beli pengguna di Johor mampu melonjakkan jumlah jualan sehingga RM300,000 sepanjang program ini berlangsung selama tiga hari, membabitkan 63 vendor di dalam khemah KBBM,” katanya ditemui Bernama pada Jelajah Karnival KPDN 2025 Zon Selatan di Puteri Harbour, hari ini.

Beliau berkata khemah KBBM mengetengahkan usahawan dari negeri zon selatan iaitu Johor, Melaka dan Negeri Sembilan, dengan penyertaan pelbagai syarikat dan jenama tempatan yang semakin mendapat tempat dalam kalangan pengguna.

“Antara nama besar yang turut serta termasuk Zus Coffee, Adabi, Mamee Double Decker dan Simplicity (Gaya Loop), selain rakan strategik seperti Proton dan Perodua yang mempamerkan produk di kawasan luar khemah,” katanya.

Adiratno berkata KBBM bukan sahaja memfokuskan kepada makanan dan minuman, tetapi turut menampilkan barangan keperluan rumah, kesihatan, kecantikan, pakaian serta produk gaya hidup yang dihasilkan oleh usahawan tempatan.

“Kempen ini kita remajakan semula agar rakyat Malaysia lebih mengenali dan yakin dengan produk tempatan yang setanding dari segi kualiti. Ia juga bagi membuka lebih banyak ruang kepada usahawan tempatan untuk menembusi pasaran lebih luas,” katanya.

Beliau berkata pelancaran rasmi KBBM bertemakan “Jom Beli Lokal” semalam oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali, turut memperkukuh iltizam kementerian untuk memperluas kempen itu ke seluruh negara dengan kerjasama kementerian dan agensi lain.

Dalam pada itu, beliau menyeru orang ramai untuk hadir memeriahkan program sempena cuti hujung minggu yang panjang ini dan menyokong vendor tempatan yang mungkin sebelum ini tidak dikenali sebagai produk buatan Malaysia.

“Kita tidak sedar bahawa sesetengah produk itu sebenarnya produk lokal, kerana strategi penjenamaan mereka begitu berjaya. Inilah masa terbaik untuk kenal pasti, cuba dan beli barangan Malaysia,” katanya.

KBBM yang dilancarkan semalam antara lain bertujuan memperluas penembusan produk tempatan ke pasaran lebih besar, serta mengurangkan kebergantungan terhadap produk import.

Kempen itu memberi tumpuan kepada usaha melonjakkan nilai jualan serta penembusan produk tempatan, memperkukuh pertumbuhan ekonomi domestik dan membantu usahawan dan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings