the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
21.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Jenazah Nur Farah Kartini dijangka dituntut selepas DNA ibu diambil – Abang

SUNGAI BULOH: Urusan tuntutan jenazah mangsa bunuh Nur Farah Kartini Abdullah dijangka hanya dapat dilakukan selepas pengambilan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) ibunya di Hospital Kuala Kubu Bharu hari ini.

Perkara itu dinyatakan abang mangsa, Mohd Farriza Amir Abdullah, 28, menerusi sistem mesej aplikasi WhatsApp hari ini.

“Saya tidak pasti pukul berapa boleh datang ke Jabatan Forensik untuk tuntut jenazah,“ katanya.

Mohd Farriza Amir berkata butiran lanjut berkaitan urusan pengebumian adiknya juga belum dapat dikongsikan lagi.

“Apa yang saya boleh katakan jenazah akan dikebumikan di Pahang,“ katanya.

Sebelum ini media melaporkan proses bedah siasat mayat Nur Farah Kartini di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh selesai pada 6.10 petang, semalam.

Mayat Nur Farah Kartini, 25, dijumpai di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang kira-kira 6 petang, pada Isnin.

Nur Farah Kartini dilaporkan hilang sejak 10 Julai lepas, selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan.

Susulan itu, seorang lelaki berusia 26 tahun yang juga seorang anggota polis bertugas di Perak kini direman hingga 22 Julai ini untuk membantu siasatan berkaitan kes terbabit di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings