the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
28.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Jenazah pasangan warga emas mangsa bunuh dikebumi dalam satu liang lahad

KUALA LUMPUR: Jenazah pasangan warga emas yang mati dibunuh anak lelaki mereka semalam, selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Penchala, di sini malam tadi (Dis 10).

Terdahulu, jenazah Allahyarham Agus Omar, 82 dan Allahyarham Darlisma Nyatu Salleh, 72 dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Jamek Tengku Abdul Aziz Shah di sini sebelum tiba di tanah perkuburan berkenaan pada jam 9.15 malam.

Seramai kira-kira 100 orang terdiri daripada ahli keluarga, saudara mara dan jiran hadir ke pengebumian berkenaan yang selesai jam 9.40 malam.

Dalam kejadian sekitar jam 8 malam itu, pasangan suami isteri berkenaan ditemukan terbaring berlumuran darah di ruang tamu mereka di Kampung Sungai Penchala, akibat ditikam berkali-kali oleh anak lelakinya yang berusia 42 tahun.

Lelaki itu yang merupakan anak ketiga daripada empat beradik bagaimanapun berjaya ditahan kira-kira jam 10.30 malam yang sama di Terowong Penchala Lebuhraya Sprint menghala ke bandar raya ini.

Suspek kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields dan hasil saringan air kencing mendapati dia positif tiga jenis dadah selain mempunyai sembilan rekod janayah lampau membabitkan dadah.

Suspek diremah selama tujuh hari bermula hari ini mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

‘Ladies here, you need to respect them’ – French travel show highlights Rapid KL’s...

“You might see a group of women trying to push you out of the train!” the commuter laughed. “But in the worst-case scenario, you could be reported. They could pull the alarm, report you to an officer on the platform, and the officer would ask you to leave.”

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings