the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, January 20, 2026
20.9 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Jualan Rahmah di Rancakkan MADANI jadi tumpuan ramai

Jualan Rahmah di Program Rancakkan MADANI di Putrajaya tarik perhatian ramai dengan tawaran harga murah untuk barangan keperluan asas dan sekolah

PUTRAJAYA: Jualan RAHMAH pada Program Rancakkan MADANI di sini menjadi tumpuan orang ramai yang tidak mahu melepaskan peluang mendapatkan barangan keperluan pada harga jauh lebih rendah berbanding pasaran.

Tinjauan mendapati pengunjung mendapatkan barangan keperluan asas seperti beras dan minyak masak.

Ibu bapa turut mengambil kesempatan membeli kelengkapan sekolah anak-anak yang dijual pada program jualan murah berkenaan.

Seorang pengunjung, Ramiza Abd Razak, 56, berkata penjimatan yang ditawarkan amat membantu dalam mengurus perbelanjaan harian.

“Memang murah sangat, lampin pakai buang untuk cucu saya biasanya berharga RM33 atau RM34, tetapi hari ini dapat RM22 sahaja,“ katanya.

Beliau menambah harga minyak masak dan telur juga sangat berbeza berbanding di pasaran.

Nurfarah Ain Abd Razak, 37, berkata beliau tidak akan melepaskan peluang untuk ke program jualan berkenaan bagi membeli barangan keperluan harian.

“Kalau ada Jualan RAHMAH, memang kita tak mahu lepaskan peluang sebab susah nak dapat harga macam ini,“ ujarnya.

Beliau menyatakan banyak membeli barangan kering seperti mi segera dan biskut.

Aiman Muzzammil Suhaimee, 28, pula membeli barangan makanan seperti telur, beras dan minyak masak yang dijual pada harga lebih murah.

Program Rancakkan MADANI selama tiga hari itu turut menampilkan lebih 300 perkhidmatan sentuhan rakyat.

Ia juga menampilkan karnival kerjaya, pameran interaktif, hiburan keluarga serta pelbagai tawaran istimewa untuk orang ramai.

Program berskala nasional anjuran Pejabat Perdana Menteri melalui Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) itu menyasarkan kehadiran kira-kira 300,000 pengunjung. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

THE Mining Investment Event Welcomes New Partners for THE 2026 Student Program Glencore Canada; IAMGOLD Corporation; OR Royalties

Toronto, Ontario - Newsfile Corp. - January 19, 2026 - THE Mining Investment Event ("THE Event"), Canada's Only Tier 1 Global Mining Investment Conference, is pleased to announce THE 2026 Student Program Partners: Glencore Canada will serve as a Platinum Partner, and both IAMGOLD Corporation and OR Royalties will serve as key Silver Partners.

ESET Launches AI-Powered MDR Service in Singapore with Industry-Leading 6-Minute Response Time

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 19 January 2026 -ESET, a global leader in cybersecurity solutions, today announced the launch of two Managed Detection and Response (MDR) subscription tiers: ESET PROTECT MDR for small and medium businesses (SMBs) and ESET PROTECT MDR Ultimate for enterprises in Singapore.
spot_img

Popular Categories