the sun malaysia ipaper logo 150x150
Wednesday, June 24, 2026
25.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Jumlah mangsa banjir di Perak menurun kepada 227 orang

IPOH: Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Hilir Perak dan Kerian berkurangan kepada 227 orang daripada 66 keluarga malam ini berbanding 347 orang daripada 101 keluarga pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak dalam kenyataan memaklumkan dua PPS masih dibuka di Hilir Perak iaitu PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak yang menempatkan 118 orang daripada 36 keluarga dan PPS Dewan Serbaguna Chikus seramai 29 orang daripada tujuh keluarga.

“PPS Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan ditutup sepenuhnya pada 6.30 petang tadi apabila 65 mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing berikutan banjir telah surut,” menurut kenyataan itu.

Di Kerian pula, 23 orang daripada empat keluarga masih berada di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Changkat Lobak manakala 57 orang daripada 19 keluarga di PPS SK Alor Pongsu.

Jabatan Pengairan dan Saliran pula memaklumkan Sungai Bidor di Changkat Jong berada pada paras amaran dengan merekodkan 3.35 meter (m) manakala Sungai Kinta di Weir Tanjung Tualang pada paras berjaga-jaga 13.03 m.

Sementara itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan beberapa daerah di Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Kinta mengalami ribut petir dan hujan hingga 10 malam ini.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak turut memaklumkan di Kerian, laluan FT 147 Jalan Selama ditutup kepada semua kenderaan berikutan kawasan itu dinaiki air dan orang ramai diarahkan menggunakan jalan alternatif di A111 Jalan Pintasan Alor Pongsu-Bukit Merah.

Di Batang Padang, laluan FT 1152 Felda Trolak Selatan dibuka satu lorong hanya kepada kenderaan ringan kerana pembaikan jalan utama perlu dilakukan segera berikutan keadaan bahu jalan yang runtuh.

“Laluan di FT 001 Jalan Ipoh-Tanjung Malim hanya dibuka satu lorong kepada semua kenderaan kerana Pemasangan Pelan Pengurusan Trafik (TMP) telah dibuat di lokasi akibat tanah runtuh,“ menurut JKR.–Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Mannings continues “Safe Disposal of Unused Medicines Programme” for the fourth year partnering with...

Mannings is expanding its Safe Disposal of Unused Medicines Programme to 75 collection points across Hong Kong. Running from June 26 to July 23, the initiative promotes proper medicine disposal, medication counselling, environmental protection, and safer medication practices through partnerships with community organisations.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings