the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Juruelektrik Myanmar mengaku salah bunuh kanak-kanak lapan tahun

Seorang juruelektrik warga Myanmar mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi atas tuduhan membunuh kanak-kanak lelaki senegara berusia lapan tahun.

KUALA LUMPUR: Seorang juruelektrik warga Myanmar mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi di sini atas pertuduhan membunuh seorang kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun.

Hrang Tling Thang, 23, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah dalam bahasa Burma.

Beliau didakwa membunuh kanak-kanak warga Myanmar itu di sebuah rumah di Jalan Pasar Baru di sini pada 14 April 2024.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara minimum 30 tahun.

Jika hukuman mati tidak dijatuhkan, tertuduh juga boleh disebat sekurang-kurangnya 12 kali.

Timbalan Pendakwa Raya Wan Ahmad Hijrah Wan Abdullah memohon tarikh sebutan baharu untuk fakta dan hukuman.

Hakim Datuk Azhar Abdul Hamid menetapkan 13 Februari tahun depan untuk fakta dan hukuman serta lantikan peguam tertuduh. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Lebanon and Israel set for next talks in Italy

Lebanon and Israel will hold their next US-brokered talks in Italy on August 4 as both sides begin implementing a plan for Israeli withdrawals and Lebanese army deployments.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings