the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 21, 2026
23.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Jurujual maut kereta terjunam lereng bukit di Lebuhraya PLUS

Seorang jurujual lelaki berusia 22 tahun maut selepas keretanya hilang kawalan dan terjunam ke lereng bukit di Lebuhraya PLUS arah Selatan.

SEREMBAN: Seorang jurujual lelaki maut selepas kereta yang dipandunya hilang kawalan dan terjunam ke lereng bukit di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS).

Kejadian berlaku di KM267.1 lebuh raya arah Selatan pada jam 10.30 pagi hari ini.

Ketua Polis Daerah Seremban ACP Azahar Abdul Rahim berkata mangsa berusia 22 tahun sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Melaka.

BACA: Polis mohon saksi kemalangan kereta terjunam Sungai Panchor tampil

“Siasatan awal mempercayai pemandu hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar besi penghadang sebelah kiri lebuh raya sebelum kereta itu terjunam ke bawah lereng bukit setinggi kira-kira 60 meter,” katanya.

Mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Mayat telah dibawa ke Hospital Rembau untuk prosedur bedah siasat.

Siasatan lanjut dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat Insp Nor Fadzilah Mohd Zainuddin di talian 019-4611794. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

US and Iran set for talks as Lebanon conflict threatens deal

The first round of negotiations between the United States and Iran since the two sides signed a preliminary agreement to halt their war is due to begin in Switzerland, with the conflict in Lebanon threatening the deal.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings