the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
28.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Juruukur bahan main peranan penting dalam industri pembinaan – Nanta

KUALA LUMPUR: Peranan juruukur bahan dalam industri pembinaan yang berkembang pesat tidak boleh diabaikan malah lebih ramai tenaga profesional teknikal itu diperlukan ketika ini, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Beliau berkata sebagaimana jurutera dan arkitek, peranan juruukur bahan sangat penting dalam menjayakan setiap aktiviti pembinaan.

“Mereka (juruukur bahan) terlibat secara langsung dalam pengurusan kewangan dan kontrak binaan dari awal hingga akhir.

“Oleh itu, juruukur bahan perlu bekerjasama dengan disiplin lain untuk memastikan kejayaan sesuatu projek,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian Konvensyen Antarabangsa Ukur Bahan (QSIC) dan penyampaian Anugerah Lembaga Juruukur Bahan Malaysia (LJBM) di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur di sini hari ini.

LJBM mempunyai lebih 5,558 ahli yang berdaftar sebagai juruukur bahan profesional ketika ini.

Dalam pada itu, Nanta berkata penganjuran QSIC tahun ini bertujuan merancakkan lagi perbincangan mengenai topik dan isu yang berhubung dengan industri pembinaan khususnya bidang ukur bahan.

“Saya percaya dengan penganjuran QSIC 2023/2024 ini, perkongsian idea, ilmu, pengalaman peserta dan kerjasama strategik daripada pelbagai pihak khususnya jabatan dan agensi di bawah Kementerian Kerja Raya, menjadi daya penggerak bagi menjamin kualiti profesion serta industri agar terus mencapai tahap yang lebih cemerlang,” katanya.

Dalam majlis itu, Alexander turut menyampaikan enam anugerah kepada individu dan kumpulan kerja bagi menghargai sumbangan serta kejayaan dalam bidang ukur bahan.

Enam kategori itu ialah Anugerah Emas, Anugerah Pencapaian Khas (Elit dan Inspirasi), Anugerah Inovasi, Anugerah Waja, Anugerah Perdana dan Anugerah Penghargaan kepada media atas jalinan kerjasama sebagai rakan media LJBM. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

‘Ladies here, you need to respect them’ – French travel show highlights Rapid KL’s...

“You might see a group of women trying to push you out of the train!” the commuter laughed. “But in the worst-case scenario, you could be reported. They could pull the alarm, report you to an officer on the platform, and the officer would ask you to leave.”

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings