the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, July 27, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

K’jaan sedia pakej internet berkelajuan tinggi untuk langganan sekolah bawah KPM mulai 1 Julai – Fahmi

SEMPORNA: Kerajaan akan menyediakan pakej khas langganan internet jalur lebar talian tetap berkelajuan tinggi untuk dilanggan sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mulai 1 Julai ini.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata pakej khas melalui pelaksanaan projek Point of Presence (PoP) itu akan menawarkan internet berkelajuan tinggi yang lebih stabil dengan harga lebih murah berbanding talian mudah alih.

“Perinciannya akan diumumkan (nanti), tetapi mulai 1 Julai sekolah-sekolah di bawah KPM, ada 10,000 sekolah, akan dapat memilih pakej-pakej internet lebih laju, lebih murah.

“Kerajaan berharap agar infrastruktur telekomunikasi yang disediakan ini dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh rakyat khususnya di negeri Sabah untuk meningkatkan taraf hidup, melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran, serta menerokai gaya hidup baharu yang lebih berkualiti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada program tinjauan PoP di Menara Balimbang, Sekolah Kebangsaan Balimbang, Pulau Bum Bum, di sini hari ini.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings