the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kadar jenayah meningkat di Sibu

SIBU: Sibu merekodkan peningkatan kadar jenayah pada enam bulan pertama tahun ini.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata sebanyak 357 kes jenayah dilaporkan dengan kadar penyelesaian sebanyak 87.96 peratus atau 314 kes, manakala indeks jenayah meningkat sebanyak 74.15 peratus dengan 152 kes berbanding tempoh sama pada tahun lepas.

Sementara itu, statistik jenayah narkotik mencatatkan sebanyak 687 berbanding 621 tangkapan bagi tempoh sama 2023.

“Jumlah rampasan dadah bernilai RM722,297 berbanding RM975,147 yang dicatatkan pada tempoh yang sama pada 2023,” katanya semasa Perhimpunan Bulanan IPD Sibu hari ini.

Jenayah komersial pula memperlihatkan peningkatan jumlah kerugian yang ketara dengan kerugian mencecah RM10,232,478.74 berbanding RM6,665,305 juta pada tahun lepas.

Sejumlah 265 kertas siasatan dibuka bagi kes jenayah komersial menyaksikan 218 kes berjaya diselesaikan yang mewakili kadar penyelesaian sebanyak 82 peratus.

Beliau berkata Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik mengeluarkan 31,259 saman dengan jumlah kompaun sebanyak RM567,320 dan 15 kes kemalangan maut direkodkan sepanjang tempoh enam bulan pertama tahun ini.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings