the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KAFA ahli gabungan kedua FAM digantung bulan ini

KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) menjadi Ahli Gabungan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kedua yang menerima tamparan hebat bulan ini selepas keahliannya digantung berkuat kuasa serta-merta bermula semalam.

Dalam kenyataan FAM hari ini, Jawatankuasa Eksekutif badan induk itu secara majoriti menerusi keputusan secara bertulis bersetuju dengan cadangan tindakan untuk menggantung keahlian KAFA.

“Keputusan untuk menggantung KAFA ini dibuat berdasarkan Artikel 17 Statut FAM iaitu Jawatankuasa Eksekutif FAM boleh menggantung keahlian mana-mana ahli.

“Keputusan penggantungan ini telah dibuat berdasarkan surat FAM bertarikh 21 Dis 2024 kepada KAFA iaitu berkaitan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Pertikaian Dalaman FAM berkenaan aduan terhadap tatacara pengendalian Kongres Tahunan KAFA Kali Ke-65 dan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif KAFA bagi sesi 2024-2028,” menurut kenyataan itu.

Pada 19 Dis lepas, mesyuarat Jawatankuasa Pertikaian Dalaman FAM telah memutuskan bahawa Kongres KAFA kali ke-65 dan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif KAFA bagi sesi 2024-2028 adalah tidak sah dan telah dimaklumkan kepada Pesuruhjaya Sukan Malaysia.

Ini adalah kerana terdapat ahli gabungan yang tidak dibenarkan hadir dan tidak dijemput ke kongres berkenaan selain prosedur dan tatacara pengendalian Kongres KAFA itu tidak dibuat dengan teratur dan mengikut prosedur.

Sehubungan itu, FAM telah mengarahkan KAFA mengadakan semula kongres dan pemilihan berkenaan secepat mungkin.

Sebelum ini, FAM menggantung Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) sebagai ahli gabungannya pada 4 Dis lepas susulan kegagalan PFA mematuhi arahan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) untuk membayar gaji tertunggak dan pampasan kontrak yang dituntut bekas Pengarah Bola Sepak PFA Matt Holland.

Penggantungan itu berkuat kuasa sehingga PFA membuat pembayaran penuh seperti yang diarahkan oleh FIFA.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Nanyang Optical Co. Pte Ltd (In Liquidation) Announces Tender Sale of Optical Inventory Located...

SHENZHEN, CHINA - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - Nanyang Optical Co. Pte Ltd (In Liquidation) is inviting expressions of interest from optical retailers, distributors, wholesalers, exporters, and trade buyers for the acquisition of its inventory through a tender sale process.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings