the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, December 26, 2025
22.3 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Kastam Melaka rampas 850 kotak rokok seludup RM7.3 juta

JKDM Melaka merampas 850 kotak rokok seludup bernilai RM7.3 juta termasuk duti dan cukai di Pelabuhan Barat Klang

MELAKA: Jabatan Kastam Diraja Malaysia Melaka merampas 850 kotak rokok bernilai RM7.3 juta termasuk duti dan cukai.

Barang larangan itu ditemui dalam sebuah kontena di Pelabuhan Barat Klang, Selangor pada 31 Oktober lepas.

Timbalan Pengarah Kastam Melaka Bakri Abd Rahman berkata dokumen pengikraran kontena tersebut diisytihar membawa 850 ‘Cartons Furniture Parts’.

“Pemeriksaan fizikal ke atas kontena itu mendapati kotak berkenaan berisi rokok seludup,” katanya dalam kenyataan.

Lebih 9.7 juta batang rokok seludup ditemui dalam 850 kotak yang diisytihar sebagai bahagian perabot.

Nilai rokok tersebut dianggarkan RM783,520 tidak termasuk duti dan cukai.

“Penyeludupan rokok berkenaan cuba dilakukan dengan membuat pengisytiharan yang tidak betul ke atas kontena berkenaan,” jelas Bakri.

Sindiket terlibat berjaya ditumpaskan dan kes disiasat di bawah Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967.

Beliau meminta orang awam terus memberikan kerjasama dengan menyalurkan maklumat aktiviti penyeludupan.

Maklumat boleh disalurkan melalui talian bebas tol Kastam (1-800-88-8855) atau pejabat Kastam terdekat.

Pihaknya memberikan jaminan bahawa identiti setiap pemberi maklumat dirahsiakan. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Vingroup Signs Strategic Cooperation with The Government of Uzbekistan, Opening Large-Scale Investment Opportunities in Central Asia

HANOI, VIETNAM - Media OutReach Newswire – 25 December 2025 - Vingroup announced the signing of a Memorandum of Understanding (MOU) with the Ministry of Investment, Industry and Trade of the Republic of Uzbekistan to promote cooperation and implement multi-sector projects in Uzbekistan.

Most Viewed

spot_img

Popular Categories