the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 21, 2026
23.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KDN teliti laporan KL bandar bahaya di Asia Tenggara – Saifuddin Nasution

PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata penelitian akan dilakukan terhadap laporan Forbes Advisor yang menyenaraikan Kuala Lumpur sebagai bandar kelima paling bahaya di Asia Tenggara untuk dilawati.

Beliau berkata laporan Forbes Advisor itu bercanggah dengan Indeks Keamanan Global 2024 (GPI) yang dikeluarkan oleh Institut Ekonomi dan Keamanan (IEP) pada Jun lepas melaporkan Malaysia menduduki tempat ke-10 sebagai antara negara paling aman di dunia.

“Saya anggap (laporan) sebagai satu kenyataan yang dibuat oleh Forbes. Apapun analisis, komitmen Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah ke arah memastikan keamanan dan ketenteraman awam segalanya dalam tanggungjawab kami,“ katanya dalam sidang media selepas perhimpunan bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN), di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan Forbes Advisor pada 19 Julai lepas yang menyatakan Kuala Lumpur telah menjadi bandar kelima paling bahaya untuk dilawati di Asia Tenggara.

Bandar-bandar lain yang tersenarai dalam kategori sama adalah Yangon, Myanmar, Manila, Filipina, Jakarta, Indonesia, Ho Chi Minh, Vietnam dan Bangkok, Thailand.

Saifuddin Nasution berkata beliau tidak menafikan laporan Forbes Advisor namun belum meneliti secara terperinci laporan tersebut.

Beliau berkata kayu pengukur GPI itu jelas namun kayu pengukur Forbes Advisor perlu diteliti terlebih dahulu sebelum memberi ulasan lanjut.

Dalam perkembangan lain, Saifuddin Nasution berkata beliau telah berjumpa Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dua hari lepas mengenai langkah membanteras isu pelacuran di ibu negara yang gagal ditangani sekian lamanya.

Beliau berkata pertemuan itu membincangkan penerangan secara menyeluruh, dan beberapa perkara perlu disiapkan sebelum membuat kenyataan terperinci mengenai isu tersebut.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

US and Iran set for talks as Lebanon conflict threatens deal

The first round of negotiations between the United States and Iran since the two sides signed a preliminary agreement to halt their war is due to begin in Switzerland, with the conflict in Lebanon threatening the deal.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings