Tuesday, November 11, 2025
29.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

KDNK Malaysia 2025 berpotensi capai paras lebih tinggi

Ekonomi Malaysia kukuh dengan KDNK 2025 berpotensi lebih tinggi, disokong pertumbuhan 5.2% suku ketiga dan dagangan RM2.24 trilion.

KUALA LUMPUR: Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar Malaysia bagi 2025 berpotensi mencapai paras lebih tinggi berbanding unjuran sebelumnya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan ekonomi negara terus kukuh dan berdaya tahan dengan mencatatkan pertumbuhan 4.4% bagi separuh pertama 2025.

“KDNK suku ketiga 2025 dijangka 5.2% dan pertumbuhan keseluruhan tahun ini juga berpotensi mencapai paras lebih tinggi,” katanya ketika Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat.

Anwar menjawab soalan mengenai keberkesanan pelaksanaan Dasar Ekonomi MADANI selepas tempoh 18 hingga 24 bulan.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata trend perdagangan terus positif dengan jumlah dagangan Januari hingga September meningkat 4.4% kepada RM2.24 trilion.

“Ini dicapai dalam keadaan ekonomi tidak menentu terutama akibat pengenaan tarif oleh Donald Trump,” katanya.

Daya saing negara juga terus meningkat berdasarkan Indeks Daya Saing Dunia 2025 apabila Malaysia melonjak 11 anak tangga.

Malaysia berada pada kedudukan ke-23 dalam indeks berkenaan, mencatatkan pencapaian terbaik sejak 2020. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories