the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, July 28, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Keadaan di UK membimbangkan, rakyat M’sia perlu jauhi kawasan protes

State Election

Negeri Sembilan State Election 2026

1st August 2026 Negeri Sembilan, Malaysia
Learn more

SEREMBAN: Demonstrasi di beberapa kawasan di United Kingdom (UK) kini semakin membimbangkan dan ada yang telah berubah kepada bentuk keganasan, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.

Sehubungan itu beliau menasihati rakyat Malaysia yang menetap atau berkunjung ke UK supaya menjauhi kawasan protes serta berdaftar dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London bagi memudahkan urusan berkaitan keselamatan.

“Rakyat Malaysia dinasihatkan tidak berada di tempat yang dijangka menjadi kawasan sasaran, sentiasa berhubung dengan pejabat kedutaan agar kita dapat tahu mereka berada dalam keadaan baik,“ katanya kepada pemberita di Wisma Negeri di sini hari ini.

Beliau berkata protes di negara Eropah ketika ini dilihat sebagai pola baharu kebangkitan puak kanan yang menunjukkan sikap toleransi amat rendah dan beliau berharap insiden itu tidak merebak.

Mohamad berkata penularan maklumat tidak sahih dalam media sosial juga berbahaya dan memberikan masalah kepada sesebuah negara.

Kementerian Luar dalam kenyataan sebelum ini berkata rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London di alamat 45 – 46 Belgrave Square, London, UK atau telefon +44 20 3931 6196 atau +44 20 7235 8033 atau e-mel di [email protected].

Media melaporkan pihak berkuasa UK berhadapan tekanan untuk menamatkan rusuhan terburuk England dalam tempoh 13 tahun berikutan insiden tikam di Southport pada 29 Julai lepas.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img