Friday, November 14, 2025
24.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kebakaran musnahkan blok bilik darjah SK Padang Melangit di Perlis

Blok bilik darjah SK Padang Melangit musnah 90% dalam kebakaran, seorang petugas cedera, menteri minta tindakan segera pembaikan.

PADANG BESAR: Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek meminta Jabatan Pendidikan Negeri Perlis dan bahagian berkaitan mengambil tindakan segera bagi pembaikan bangunan Sekolah Kebangsaan Padang Melangit.

Beliau berkata kerja pembaikan perlu dilaksanakan segera selepas kebakaran pagi tadi menjejaskan blok bilik darjah sekolah tersebut.

“Saya berharap mangsa yang cedera diberikan kesembuhan secepat mungkin,” katanya melalui hantaran Facebook.

Sebuah bangunan lapan bilik di sekolah itu musnah hampir 90% dalam kejadian kebakaran tersebut.

Seorang petugas kebersihan swasta mengalami kecederaan melecur 30% akibat kejadian itu.

Penolong Pengarah Operasi JBPM Perlis Mohamad Azhar Yussof mengesahkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 11.05 pagi.

Mangsa yang cedera sedang menerima rawatan lanjut di hospital. – Bernama

Related

spot_img

Latest

Most Viewed

spot_img

Popular Categories