the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
27.9 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kebakaran paip gas: PPS Dewan Masjid Putra Heights ditutup hari ini

KUALA LUMPUR: Operasi pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Serbaguna Masjid Putra Heights yang dibuka bagi menempatkan mangsa insiden kebakaran saluran paip gas di Putra Heights ditutup sepenuhnya 2.30 petang tadi.

Pegawai Daerah Petaling yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Petaling Huzunul Khaidil Mohammed berkata 210 mangsa daripada 60 keluarga mula mengosongkan PPS berkenaan sejak pagi tadi dengan mangsa terakhir meninggalkan PPS pada 2 petang.

“Alhamdulillah hingga hari ini kesemua mangsa terlibat iaitu 613 keluarga telah pulang ke kediaman masing-masing.

“Bagi mangsa yang kediaman mereka musnah, ada yang berpindah ke rumah sewa dan perumahan Airbnb yang ditaja kerajaan negeri selain mereka turut menerima bantuan barangan asas kehidupan seperti beras selama sebulan,“ katanya kepada Bernama ketika ditemui di PPS Dewan Serbaguna Masjid Putra Heights di sini, hari ini

Dalam masa sama, Huzunul Khaidil turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak terlibat yang melancarkan proses pemindahan penduduk di PPS Dewan Serbaguna Masjid Putra Heights dan PPS Dewan Camelia Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ).

PPS Dewan Camelia MBSJ yang menempatkan 60 mangsa daripada 16 keluarga ditutup pada 9 April lepas setelah bantuan ditawarkan kerajaan Selangor mula disalurkan selain beberapa keluarga dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Norway files formal FIFA complaint over Balogun ban

Norway’s football chief says they will seek board backing to lodge a formal complaint with FIFA’s ethics committee over the suspension of Folarin Balogun’s World Cup ban.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings