the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, December 27, 2025
23.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150
spot_img

Kemalangan maut di lebuhraya Senai-Desaru akibat masuk laluan bertentangan

Dua maut, empat cedera parah dalam kemalangan tiga kenderaan di Lebuhraya Senai-Desaru dipercayai akibat sebuah kereta memasuki laluan bertentangan

JOHOR BAHRU: Sebuah kereta dipercayai memasuki laluan bertentangan menjadi punca kemalangan maut melibatkan tiga kenderaan di Lebuhraya Senai–Desaru pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seri Alam ACP Mohd Sohaimi Ishak berkata pihaknya menerima maklumat kejadian di Kilometer 45.6 lebuh raya itu kira-kira pukul 5.35 pagi.

Beliau berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Proton Wira dipandu lelaki berumur 19 tahun telah memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan kereta Proton Saga dipandu lelaki berusia 21 tahun.

“Perlanggaran itu menyebabkan kedua-dua kenderaan berpusing sebelum terhenti di lorong kiri dan kanan,” katanya.

Mohd Sohaimi berkata Perodua Myvi dipandu wanita berusia 23 tahun yang berada di belakang Proton Saga tidak sempat mengelak lalu melanggar Proton Wira terbabit.

“Akibat kejadian tersebut, pemandu kereta Proton Wira dan Proton Saga mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala serta disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya.

Tiga penumpang kereta Proton Wira dan pemandu Perodua Myvi mengalami kecederaan parah, manakala seorang penumpang Perodua Myvi pula cedera ringan.

Kesemua mangsa yang cedera sedang menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang PBK I Nazarudin Yusof memaklumkan pihaknya menjalankan operasi mengeluarkan dua mangsa maut yang tersepit menggunakan peralatan khas.

“Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas dan memandu dengan berhemah,” kata Mohd Sohaimi.

Sebarang maklumat berkaitan kejadian boleh disalurkan kepada pihak polis melalui talian 07-386 4222.

Related

spot_img

Latest

Reman tiga warga asing dalam kes sindiket syabu disambung

Polis sambung reman tiga warga asing suspek sindiket syabu antarabangsa tujuh hari lagi bagi siasatan lanjut kes bernilai RM38 juta

Most Viewed

spot_img

Popular Categories