the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kemenangan 21 muka baharu dalam PRN Sabah

Kemenangan 21 calon baharu dalam PRN Sabah mencerminkan dinamika politik negeri yang mahukan pemimpin segar untuk mendepani cabaran semasa.

KOTA KINABALU: Kemenangan 21 muka baharu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 menunjukkan dinamika landskap politik negeri yang mahukan pemimpin segar.

Timbalan Dekan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan UMS Prof Madya Dr Syahruddin Awang Ahmad berkata kemenangan ini menghantar isyarat jelas bahawa pengundi Sabah menginginkan anjakan kepimpinan.

Beliau menegaskan bahawa kesetiaan terhadap parti semata-mata tidak lagi menjadi penentu utama sokongan akar umbi.

“Kemenangan calon baharu ini dilihat sebagai cerminan penolakan terhadap status quo dan penerimaan naratif baharu,” katanya.

Perkembangan ini menandakan Sabah sedang melangkah ke babak baharu dalam politik mengikut konteks semasa.

Berdasarkan keputusan rasmi, Parti Warisan mencatatkan jumlah tertinggi kemenangan muka baharu dengan 11 orang.

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memperoleh lima kemenangan muka baharu manakala BN memperoleh dua kemenangan.

Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (PKDM) dan calon Bebas masing-masing memperoleh satu kemenangan muka baharu.

Antara muka baharu yang menang ialah Hazem Mubarak Musa yang merampas kerusi DUN Sungai Manila daripada penyandang BN.

Hazem Mubarak merupakan anak kepada Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman.

Calon Bebas Jordan Jude Ellron juga berjaya menang di kerusi Tulid.

Jordan merupakan anak kepada bekas Naib Presiden STAR Datuk Ellron Angin yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan Sabah.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Hong Kong Disneyland Continues to Enhance Guest Experience Through Flexible Weather Adaptation Measures

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - As Hong Kong's summer weather becomes increasingly unpredictable, with periods of extreme heat, high humidity, and occasional rain showers and thunderstorms, Hong Kong Disneyland Resort (HKDL) continues to enhance its facilities and operations to better support guests and cast members throughout the season.

Nanyang Optical Co. Pte Ltd (In Liquidation) Announces Tender Sale of Optical Inventory Located...

SHENZHEN, CHINA - Media OutReach Newswire - 23 July 2026 - Nanyang Optical Co. Pte Ltd (In Liquidation) is inviting expressions of interest from optical retailers, distributors, wholesalers, exporters, and trade buyers for the acquisition of its inventory through a tender sale process.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings