the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
21.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kementerian bincang dengan KWSP pertingkat manfaat pengamal media di hari tua – Fahmi

PUTRAJAYA: Kementerian Komunikasi sedang meneliti beberapa perkara termasuk mengadakan perbincangan dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk meningkatkan manfaat yang boleh dinikmati pengamal media di hari tua.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata perkara itu di peringkat permulaan susulan kejayaan menguruskan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) buat pengamal media.

“Perkara ini telah saya sampaikan kepada beberapa agensi di bawah Kementerian Komunikasi untuk kita teliti dan mencari mekanisme terbaik untuk dilaksanakan,“ katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Tabung Kasih@HAWANA kepada jurukamera Malaysia Gazette Mohd Airulrezal Amirudin, 42, di sini hari ini.

Beliau berkata perkara itu bagaimanapun akan mengambil sedikit masa.

Fahmi juga berkata sejak 1 Julai lepas, hampir 600 pengamal media yang berkhidmat sebagai pemberita sambilan dan mereka yang dilantik secara kontrak mula menerima manfaat daripada caruman PERKESO yang diumumkan Mei lepas.

Pada 27 Mei lepas, ketika Kemuncak Hari Wartawan Nasional (HAWANA), beliau mengumumkan bahawa Kementerian Komunikasi akan menampung caruman PERKESO buat 565 pengamal media sambilan bagi tempoh setahun dan ia akan disalur melalui Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama).

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings