the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
28.6 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kementerian kewangan nafi lulus pinjaman untuk syarikat penerbangan

KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan menafikan ia meluluskan pinjaman kepada syarikat penerbangan tempatan yang terjejas akibat pandemik Covid-19.

Nikkei Asia melaporkan hari ini bahawa AirAsia Group Bhd mendapat bantuan dalam bentuk pinjaman berjumlah RM1 juta daripada kerajaan bertujuan membantu syarikat itu.

“Merujuk kepada laporan media hari ini, kementerian mahu menjelaskan bahawa ia tidak meluluskan sebarang pembiayaan kerajaan atau jaminan kepada mana-mana syarikat penerbangan,” kata Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

Menurut Nikkei Asia, pinjaman itu akan dilakukan bank-bank tempatan di bawah skim kerajaan, serta ia dijamin sebanyak 80 peratus oleh Kementerian Kewangan.

Pinjaman itu akan disalurkan oleh institusi kewangan tempatan di bawah Skim Jaminan Danajamin Prihatin bernilai RM50 bilion yang dikendalikan oleh penanggung insurans jaminan kewangan, Danajamin Nasional Bhd, kata Nikkei Asia. -Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings