the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, July 28, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kementerian Komunikasi akan terus perkukuh kerjasama strategik dengan PDRM – Fahmi

State Election

Negeri Sembilan State Election 2026

1st August 2026 Negeri Sembilan, Malaysia
Learn more

KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi akan terus memperkukuh kerjasama strategik dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam menyampaikan maklumat sahih kepada rakyat, kata Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil.

Beliau berkata kerjasama itu juga meliputi usaha menangani cabaran komunikasi era digital secara berkesan.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau memaklumkan perkara itu selepas menerima kunjungan hormat Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohd Khalid Ismail di pejabatnya di Putrajaya, hari ini.

Dalam pertemuan itu, Bernama melaporkan Mohd Khalid berkata PDRM komited untuk memperkukuh kerjasama sedia ada dengan Kementerian Komunikasi dalam menangani cabaran keselamatan yang semakin kompleks pada era digital.

Menurutnya fokus utama kerjasama melibatkan usaha membendung penyebaran berita palsu serta kandungan yang menyalahi undang-undang, bagi memastikan keselamatan negara terus terpelihara.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Most Viewed

spot_img