the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.4 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kerajaan dedah draf MoU dengan pembangkang untuk bukti ketelusan – TPM Fadillah

KUALA LUMPUR: Kerajaan Perpaduan hari ini mendedahkan dua draf Memorandum Persefahaman (MoU) yang dirangka bersama sebagai bukti ketelusan dalam perundingan mengenai peruntukan untuk Ahli Parlimen Pembangkang.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Ketua Whip Kerajaan Perpaduan Datuk Seri Fadillah Yusof berkata keputusan itu dibuat susulan kenyataan Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin bahawa Perikatan Nasional (PN) menolak cadangan MoU tersebut.

“Memandangkan pihak pembangkang lebih gemar membuat kenyataan melalui media berhubung MoU berkenaan maka dengan ini, saya kemukakan dua draf MoU berkenaan kepada pihak media untuk membuktikan ketelusan Kerajaan MADANI,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Hamzah berkata semua Ahli Parlimen PN sebulat suara menolak MoU berkaitan dengan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang.

Beliau berkata pihaknya menolak MoU itu atas empat faktor antaranya ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, nilai budaya, moral dan agama.

Sementara itu, Fadillah berkata niat utama MoU berkenaan adalah untuk mewujudkan suasana harmoni di Dewan Rakyat di mana semua Ahli Parlimen dapat lebih memfokus kepada usaha pemulihan ekonomi serta memainkan peranan lebih konstruktif dalam menjalankan tugas semak dan imbang.

“Ini penting supaya kita dapat menumpukan sepenuh tenaga kita dalam memulihkan ekonomi negara dan mengukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat, demi kesejahteraan semua dan kemakmuran Malaysia” katanya.

Beliau juga berkata inti pati utama MoU itu termasuk tempoh kuat kuasa sehingga pembubaran Parlimen ke-15 atau pada 19 Dis 2027, peranan pembangkang sebagai komponen semak dan imbang yang bertanggungjawab serta ketelusan tanpa sebarang klausa kerahsiaan.

“Dengan pendedahan MoU ini, rakyat sendiri boleh menilai bahawa kesemua dakwaan Ketua Pembangkang mengenai draf terbabit adalah tidak berasas sama sekali,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings