the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 21, 2026
22.1 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kerajaan kaji pindaan undang-undang dakwa pengirim, penerima lori lebih muatan

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang merangka pindaan undang-undang bagi membolehkan tindakan diambil bukan sahaja terhadap pemandu dan syarikat pengangkutan tetapi juga pengirim serta penerima barangan yang terlibat dalam aktiviti lori membawa muatan berlebihan.

Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkata langkah itu penting bagi memastikan keseluruhan ekosistem industri logistik bertanggungjawab dan mematuhi had muatan yang ditetapkan.

Beliau mengingatkan kepada pengirim serta penerima barangan bahawa tindakan hanya dikenakan kepada pemandu dan syarikat pemilik kenderaan tersebut ketika ini.

Loke berkata isu muatan berlebihan bukan sahaja menyumbang kepada kemalangan malah memberi impak besar kepada kerajaan dan rakyat kerana ia mempercepat kerosakan jalan raya serta meningkatkan kos penyelenggaraan.

Beliau menjelaskan orang ramai selalu mengadu kenapa jalan di Malaysia berlubang-lubang dengan antara punca besar ialah masalah lori lebih muatan.

Apabila jalan rosak teruk, bukan sahaja kos penyelenggaraan meningkat malah risiko kepada pengguna terutama penunggang motosikal juga tinggi.

Loke berkata pemandu lori dan syarikat pengangkutan sering terpaksa akur dengan tekanan daripada pemilik kuari atau kilang untuk membawa muatan berlebihan bagi mengurangkan kos operasi dan bersaing antara satu sama lain.

Justeru, beliau berkata Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengambil tindakan lebih tegas terhadap mana-mana pihak yang melanggar had muatan ditetapkan.

Pendekatan kerajaan bukan hanya terhadap syarikat pengangkutan dan pemandu lori tetapi juga punca masalah itu.

JPJ akan memanggil industri kuari, industri besi dan beberapa sektor lain yang dikenal pasti banyak terlibat dalam aktiviti ini untuk diberi peringatan.

Selain itu, Loke berkata kerajaan menggalakkan dasar road to rail iaitu memindahkan pengangkutan kargo berat dan berisiko dari jalan raya ke kereta api bagi mengurangkan risiko kemalangan serta kerosakan infrastruktur.

Beliau menekankan kerajaan ingin menggalakkan kargo berat diangkut melalui kereta api bukan di jalan raya selari dengan dasar road to rail yang sedang dilaksanakan. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Kiatisuk Senamuang’s legacy lives On as Asean Hyundai Cup celebrates 30 years

SINGAPORE, June 18: Few figures have left a greater mark on the ASEAN Championship, now known as the ASEAN Hyundai Cup™ 2026, than Thailand legend Kiatisuk Senamuang.Known affectionately as “Zico”, the former striker has played a central role in five of Thailand’s record seven regional titles, first as a player and later as a coach, cementing his place among Southeast Asian football’s all-time greats.Kiatisuk announced himself on the regional stage in the inaugural tournament in 1996 when, at just 23, he scored the decisive goal against Malaysia in the final before celebrating with his trademark backflip.His thunderous strike past Malaysian goalkeeper Khairul Azman Mohamed remains one of the most iconic moments in the competition’s history.Former Thailand team manager Thawatchai Sajakul, who oversaw the side during that maiden triumph, described Kiatisuk as the country’s greatest modern-era footballer.“He is the best player Thailand has produced in the modern era,” said Thawatchai.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings