the sun malaysia ipaper logo 150x150
Tuesday, June 23, 2026
21.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kerajaan kekal komited laksanakan dasar pembaharuan struktur, pengukuhan fiskal – Kementerian Kewangan

KUALA LUMPUR: Kerajaan kekal komited dan fokus dalam usaha pelaksanaan dasar-dasar pembaharuan struktur dan pengukuhan fiskal dalam tempoh jangka panjang, kata Kementerian Kewangan (MoF).

Perkara berkenaan dijangka dapat meningkatkan daya tarikan jangka masa panjang Malaysia kepada pelabur asing seterusnya akan menyumbang terhadap pengukuhan nilai ringgit, katanya.

“Selain itu, Malaysia terus merekodkan kejayaan dalam menarik pelaburan asing dengan pelaburan diluluskan melonjak pada suku pertama tahun ini.

“Perkembangan ini menunjukkan bahawa pelabur semakin yakin terhadap perkembangan ekonomi negara dan usaha-usaha dilakukan oleh kerajaan,” katanya dalam jawapan bertulis yang disiarkan menerusi laman sesawang Parlimen pada Selasa.

Menurut Kementerian Kewangan, aliran masuk dana dan pelaburan asing ini dijangka berterusan dan ia menyokong pengukuhan nilai ringgit.

MoF berkata sedemikian bagi menjawab soalan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) yang ingin tahu langkah kerajaan untuk memastikan nilai mata wang ringgit terus stabil sekali gus memastikan pelaburan asing keluar dan masuk dalam pasaran ekuiti Malaysia sentiasa konsisten.

Sehubungan itu, Kementerian Kewangan berkata Bank Negara Malaysia (BNM) akan terus mengambil langkah sewajarnya untuk memastikan kestabilan mata wang dan pasaran pertukaran asing domestik.

“Langkah ini termasuk melakukan intervensi untuk membendung pergerakan mata wang yang dianggap berlebihan,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Politics not key factor for foreign investors, says MITI

Malaysia’s investment performance shows political speculation is not the main driver for foreign investors, says MITI, citing RM1.7 trillion in approved investments from 2021 to 2025.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings