the sun malaysia ipaper logo 150x150
Saturday, July 25, 2026
28.8 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kerajaan MADANI sentiasa hargai golongan agama – Zulkifli

IPOH: Pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam membuktikan kerajaan sentiasa menghargai peranan yang dimainkan oleh golongan agama.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan berkata bantuan sebanyak RM250 kepada guru kelas al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA), guru takmir, imam, bilal tok siak, noja dan marbut, simbolik penghargaan kerajaan terhadap usaha yang dilakukan golongan agama dalam meningkatkan syiar Islam.

“Syukur Alhamdulillah tahun 2025 bermula sangat cemerlang dengan kenaikan gaji penjawat awam, kemudian disusuli pula BKK Aidilfitri bukan hanya penjawat awam, pesara termasuk veteran berpencen dan tidak berpencen, malah golongan agama tidak terkecuali.

“Kita harapkan sumbangan yang disalurkan ini mampu digunakan sebaik mungkin sebagai persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) Guru Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Maahad Al-Ummah dan Program Ihsan MADANI dekat sini hari ini.

Semalam, Perdana Menteri mengumumkan bantuan itu akan dibayar minggu depan membabitkan 70,000 penerima dengan peruntukan RM17 juta.

Terdahulu, Zulkifli dalam ucapannya berkata guru-guru Muslim berperanan memimpin para pelajar untuk mempromosikan Islam yang aman, rahmah dan damai seperti yang digagaskan oleh kerajaan.

“Para pendidik mampu menjadi contoh karakter insani dan akhlak yang baik untuk mempromosikan Islam seperti yang diperlihatkan oleh Rasulullah SAW.

“Prinsip wasatiyyah terus menjadi asas dalam menangani perbezaan aliran pemikiran dalam kalangan umat Islam di negara ini, selaras dengan Maqasid Syariah dan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah,” katanya.

Beliau berkata Gagasan Malaysia MADANI yang diperjuangkan kerajaan hari ini, bukan hanya mempromosikan kesederhaan dalam berfikir dan bertindak, malah menyeru kepada kesatuan masyarakat yang berbilang kaum.

Pada majlis hari ini, Zulkifli turut menyampaikan skrin sentuh dan papan tulis interaktif sumbangan Yayasan Taqwa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) kepada SABK Maahad Al-Ummah dan sumbangan pek Aidilfitri kepada 50 murid asnaf sekolah itu.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

‘Ladies here, you need to respect them’ – French travel show highlights Rapid KL’s...

“You might see a group of women trying to push you out of the train!” the commuter laughed. “But in the worst-case scenario, you could be reported. They could pull the alarm, report you to an officer on the platform, and the officer would ask you to leave.”

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings