the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 2, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kerajaan negeri setuju Universiti Shanghai Fudan dari China buka kampus cawangan di S’wak

KUCHING: Kerajaan Negeri Sarawak bersetuju dengan cadangan Persekutuan Persatuan Cina Bahagian Kuching, Samarahan dan Serian untuk menarik Universiti Shanghai Fudan dari China untuk menubuhkan kampus cawangannya di Bumi Kenyalang.

Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata dengan penubuhan kampus itu kelak, ia memberi lebih pilihan kepada anak Sarawak untuk melanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi.

“Saya mahu kampus ini dibuka di Sarawak sebab universiti ini adalah universiti kelima terbaik di China. Sekarang ini, Timbalan Premier Datuk Seri Dr Sim Kui Hian sedang mengadakan rundingan dengan pihak China dan kita juga berharap kerajaan Malaysia dan China dapat bekerjasama melaksanakannya,“ kata beliau.

Abang Johari berkata demikian ketika berucap pada majlis Makan Malam Tahun Baharu Cina dan Ulang Tahun ke-45 Persekutuan Persatuan Bahagian Kuching, Samarahan, Serian di sini malam tadi (Feb 25).

Beliau turut mengumumkan penyerahan geran tanah bagi kawasan seluas lima ekar dan dana sebanyak RM15 juta bagi pembinaan sekolah baharu iaitu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Chung Hua No 4 Kuching serta peruntukan berjumlah RM5 juta dan tanah seluas tiga ekar kepada Lembaga Amanah Amal Cina Sarawak untuk melaksanakan lebih banyak kerja-kerja kebajikan.

Presiden Persekutuan Persatuan-Persatuan Cina Bahagian Kuching, Samarahan dan Serian Datuk Richard Wee Liang Chiat pula meminta Kerajaan Negeri Sarawak berusaha menarik universiti terbaik China untuk menubuhkan kampus cawangan di negeri itu.

Beliau berkata langkah itu akan dapat meningkatkan lagi tahap pendidikan tinggi di Sarawak yang sudah memiliki dua cawangan Universiti Curtin dan Swinburne dari Australia.

Wee turut menzahirkan sokongan persekutuan itu terhadap rancangan untuk memberikan pendidikan percuma di peringkat pengajian tinggi kepada anak Sarawak yang dipilih melanjutkan pelajaran mereka di institusi pendidikan tinggi milik kerajaan negeri.

“(Dasar pendidikan peringkat tinggi percuma) ini akan menjadi satu langkah baik kerana ramai lagi anak-anak Sarawak akan berpeluang mendapatkan pendidikan tinggi dan mengurangkan beban kewangan ibu bapa mereka,” katanya. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Gorilla Technology Completes Acquisition of Shackleton Finance and Launches Gorilla Tech Capital

London, United Kingdom - Newsfile Corp. - 1 July 2026 - Gorilla Technology Group Inc. (NASDAQ: GRRR) ("Gorilla" or the "Company"), a global solution provider in Security Intelligence, Network Intelligence, Business Intelligence, IoT technology and data centres, today announced the successful signing and completion of its acquisition of Shackleton Finance Limited, establishing the foundation for Gorilla Tech Capital, the Company's dedicated regulated capital platform.

#LUXMyWill: Beauty Brand LUX Turns “#BuryMeInThis” From Social Media Trend Into Legal Declaration

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 1 July 2026 - Global beauty brand LUX, in collaboration with VML Singapore, has launched #LUXMyWill — an initiative that transforms one of social media's most talked-about beauty trends into a formal, lasting declaration of personal style.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings