the sun malaysia ipaper logo 150x150
Sunday, June 21, 2026
23.6 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kerajaan pertimbang cadangan bina Denai Sungai Kebangsaan di Sungai Perak

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mempertimbangkan cadangan menaik taraf ban Rancangan Tebatan Banjir (RTB) kepada Denai Sungai Kebangsaan (DSK) di Sungai Perak, kata Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Beliau berkata usaha menaik taraf itu yang melibatkan jajaran Kampung Kepala Pulau hingga ke Kampung Geronggong di Parlimen Pasir Salak sepanjang tiga kilometer (km) hanya boleh dilaksanakan sekiranya mempunyai ruang yang sesuai.

“Ban sepanjang tiga km tersebut ketika ini mempunyai kelebaran kurang daripada dua meter dan kebanyakan akses atau laluan masuk ke ban melibatkan tanah pemilikan individu.

“Justeru, menaik taraf ban banjir kepada DSK boleh dilaksanakan sekiranya tiada halangan daripada pemilik tanah yang terlibat. Memandangkan ban ini berfungsi sebagai satu kaedah perlindungan banjir akibat kenaikan aras sungai, keselamatan pengguna hendaklah sentiasa diutamakan,” katanya pada sesi Kamar Khas Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab usul dikemukakan Jamaludin Yahya (PN-Pasir Salak) mengenai menaik taraf tebatan banjir kepada DSK di Sungai Perak.

Akmal Nasrullah berkata projek RTB Kampung Gajah Fasa 1 yang telah siap sepenuhnya pada 2019 telah mengurangkan risiko dan kejadian banjir di kawasan kampung itu termasuk Mukim Blanja, Layang-Layang, Bota, Lambor, Pulau Tiga, Pasir Salak, Pasir Panjang Ulu, Bandar, Jaya Baru dan Kota Setia melibatkan kawasan kira-kira 57,000 hektar dengan jumlah penduduk 37,000 orang.

Beliau berkata pelaksanaan RTB Kampung Gajah Fasa 2 juga dalam peringkat awal reka bentuk perunding dan akan mengambil kira pembinaan denai di beberapa lokasi yang bersesuaian sepanjang jajaran projek 31 km.

“Pembinaan denai dapat mewujudkan rasa pemilikan, kesedaran dan tanggungjawab bersama dalam kalangan masyarakat untuk menjaga kelestarian dan keindahan sungai sekali gus mengurangkan kes pencemaran sungai.

“Pelaksanaan DSK tidak hanya tertakluk kepada peruntukan kerajaan semata-mata malah boleh diteruskan dengan penglibatan pihak swasta, pertubuhan bukan kerajaan mahupun komuniti setempat. Kementerian sangat menggalakkan agar DSK dibangunkan secara tanggungjawab sosial korporat (CSR) dan penglibatan penduduk tempatan dan pihak berkepentingan amat dialu-alukan,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Kiatisuk Senamuang’s legacy lives On as Asean Hyundai Cup celebrates 30 years

SINGAPORE, June 18: Few figures have left a greater mark on the ASEAN Championship, now known as the ASEAN Hyundai Cup™ 2026, than Thailand legend Kiatisuk Senamuang.Known affectionately as “Zico”, the former striker has played a central role in five of Thailand’s record seven regional titles, first as a player and later as a coach, cementing his place among Southeast Asian football’s all-time greats.Kiatisuk announced himself on the regional stage in the inaugural tournament in 1996 when, at just 23, he scored the decisive goal against Malaysia in the final before celebrating with his trademark backflip.His thunderous strike past Malaysian goalkeeper Khairul Azman Mohamed remains one of the most iconic moments in the competition’s history.Former Thailand team manager Thawatchai Sajakul, who oversaw the side during that maiden triumph, described Kiatisuk as the country’s greatest modern-era footballer.“He is the best player Thailand has produced in the modern era,” said Thawatchai.

US and Iran set for talks as Lebanon conflict threatens deal

The first round of negotiations between the United States and Iran since the two sides signed a preliminary agreement to halt their war is due to begin in Switzerland, with the conflict in Lebanon threatening the deal.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings