the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
32 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kerajaan peruntuk lebih RM83 juta laksana program bas henti-henti di Melaka

MELAKA: Kerajaan memperuntukkan RM83.76 juta bagi melaksanakan program bas henti-henti di Melaka, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.

Beliau berkata peruntukan berkenaan diberikan kepada syarikat pengendali swasta secara kontrak lima tahun, bagi memastikan perkhidmatan lebih terjamin kepada rakyat.

“Di Melaka ini, kita ada 51 bas yang akan beroperasi setiap hari dengan pelbagai laluan merentasi empat kawasan pihak berkuasa tempatan dan kontrak diberikan kepada pengendali ini selama lima tahun.

“Jadi untuk tempoh lima tahun, pengendali sama, kontrak sama dan ia memberikan satu kepastian kepada mereka (pengendali) supaya memastikan perkhidmatan ini dijalankan dengan baik dengan lancar dan tanpa apa-apa gangguan,“ katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Program Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-henti BAS.MY Melaka oleh Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh di Kampung Morten di sini hari ini.

Loke berkata peruntukan berkenaan merupakan sebahagian daripada bentuk subsidi diberikan kepada rakyat bagi meringankan beban hidup mereka terutama berkaitan aspek pengangkutan.

“Ini adalah suatu perkhidmatan penting dan walaupun melibatkan peruntukan yang besar tetapi ini sesuatu yang wajib disediakan (oleh kerajaan) kerana tanpa kerajaan membantu, mungkin kebanyakan negeri ini tak ada bas berhenti-henti akan beroperasi.

“Jadi kita membuat program ini demi memastikan supaya ada alternatif kepada orang ramai (kerana) ada golongan yang memerlukan bas ini untuk kegunaan harian mereka seperti warga emas dan juga pelajar,“ katanya.

Pengguna BAS.MY Melaka warganegara Malaysia turut ditawarkan kemudahan Pas Perjalanan Tanpa Had melalui langganan pas bernilai RM50 untuk perjalanan selama 30 hari.

Tambang percuma turut diberikan kepda golongan orang kurang upaya (OKU), warga emas dan pelajar sekolah menerusi Pas Konsesi BAS.MY.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Norway files formal FIFA complaint over Balogun ban

Norway’s football chief says they will seek board backing to lodge a formal complaint with FIFA’s ethics committee over the suspension of Folarin Balogun’s World Cup ban.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings