the sun malaysia ipaper logo 150x150
Monday, June 22, 2026
21.7 C
Malaysia
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kerajaan peruntuk RM206.8 juta bangunkan infrastruktur air di Johor

JOHOR BAHRU: Kerajaan memperuntukkan RM206.8 juta bagi pembangunan infrastruktur berkaitan air di Johor meliputi 22 projek sambungan dan lapan projek baharu.

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata inisiatif itu bertujuan mengurangkan pencemaran sungai selain mengusahakan beberapa projek infrastruktur air di negeri ini.

Beliau berkata beberapa projek pemuliharaan sungai untuk mengurangkan risiko banjir sedang dilaksanakan termasuk Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Lembangan Sungai Muar Fasa II, Sungai Pemandi di Kota Tinggi, Sungai Kesang di Ledang dan di Batu Pahat.

“Selain itu, usaha untuk meningkatkan bekalan air juga dilaksanakan melalui Projek Penyaluran Air Layang 2 di Kota Tinggi dengan kos RM152.6 juta,“ katanya ketika berucap merasmikan program Ceriakan Sungai Tebrau di Pasar Pagi Orang Asli Bakar Batu di sini hari ini.

Akmal Nasrullah yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru berkata antara aduan diterima daripada penduduk daerah ini ialah pencemaran Sungai Tebrau yang dikategorikan sebagai sederhana tercemar.

Beliau berkata keempat-empat anak Sungai Tebrau iaitu Sungai Pandan, Sungai Sebulung, Sungai Sengkuang dan Sungai Tampoi mencatatkan kualiti membimbangkan dengan faktor pencemaran daripada kumbahan selain daripada industri, sektor komersial serta kerja tanah.

“Sudah pasti kerajaan berada dalam mod ‘sense of urgency’ atau sikap yang memerlukan tindakan segera yang tinggi dalam memitigasi masalah yang berlaku, termasuk bekerjasama dengan kerajaan negeri melalui Jawatankuasa Khas Menangani Kemerosotan Kualiti Sungai.

“Jangan ingat pencemaran sungai ini disumbangkan oleh kilang-kilang dan komersial sahaja kerana tanpa kita sedar, aktiviti seharian termasuk air basuhan baju, cucian sisa makanan dan air mandian juga menyumbang kepada pencemaran sungai jika sistem kumbahan tidak ditambah baik,” katanya.

Menurut Akmal Nasrullah selain mengusahakan cadangan membaik pulih sistem pembetungan di kawasan bandar raya ini, usaha melalui kelulusan peruntukan Pusat Khidmatnya kepada premis terpilih seperti tandas di masjid diharap dapat memberi impak positif terhadap permasalahan terbabit.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

AS Watson Launches brand lab to Turn Retail Scale into a Data-driven Brand Growth...

HONG KONG SAR - Media OutReach Newswire - 22 June 2026 - AS Watson Group has launched AS Watson brand lab, a data-driven brand creation and scaling platform designed to systematically identify, develop, and grow brands across its global retail ecosystem.

Ucore Produces NdPr Oxide and Ships Qualification Samples to Major Rare Earth Magnet Manufacturers

Halifax, Nova Scotia--(Newsfile Corp. - June 22, 2026) - Ucore Rare Metals Inc.(TSXV: UCU) (OTCQX: UURAF) ("Ucore" or the "Company") is pleased to announce that it has produced commercial-grade neodymium-praseodymium ("NdPr") oxide and shipped initial qualification samples to major rare earth permanent magnet manufacturers for technical evaluation.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings