the sun malaysia ipaper logo 150x150
Thursday, July 23, 2026
26.4 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kerajaan setuju tanah di kawasan MADA dipindah status kepada pembangunan – PM

JITRA: Kerajaan Persekutuan bersetuju pada dasarnya dengan cadangan agar status tanah di kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) dipindah kepada pembangunan industri dan komersil.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan mengarahkan perkara itu dibincang dengan lebih lanjut oleh pihak yang berkaitan.

“Kita beri pertimbangan umpamanya cadangan di beberapa kawasan yang asalnya MADA, kalau boleh sedikit dari kawasan itu dipindahkan untuk perumahan atau industri dan perniagaan.

“Itu Kerajaan Persekutuan pada dasarnya bersetuju dan saya minta pegawai-pegawai berunding segera supaya dapat membantu meningkatkan pendapatan negeri Kedah,” katanya semasa berucap pada Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI peringkat Kedah di sini malam ini.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor serta beberapa menteri Kabinet.

Anwar berkata Kerajaan Persekutuan juga bersetuju meningkatkan peruntukan bagi projek menaik taraf sistem pengairan di kawasan MADA bagi menjayakan projek penanaman padi lima musim dalam dua tahun.

Beliau berkata peruntukan bagi projek itu, yang sebelum ini membabitkan RM3 bilion, telah dinaikkan kepada RM5 bilion.

Selain itu, Perdana Menteri berkata beliau mahu agar sejumlah 2,500 keluarga miskin tegar di Kedah segera dibantu agar kemiskinan tegar di negeri itu dapat dinoktahkan dalam tempoh dua bulan.

Beliau berkata usaha itu memerlukan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri serta mengarahkan Unit Penyelarasan Pelaksanaan untuk menyelaras.

“Saya percaya insya-Allah, kerjasama ini akan menghasilkan natijah yang baik kerana kita tidak mahu umpamanya negeri-negeri yang kebetulan majoritinya Melayu, umat Islam tetapi masih terdera dengan kesusahan ini dan oleh yang demikian, beri perhatian,” katanya.

Anwar juga berkata Kedah sememangnya antara negeri yang mendapat peruntukan tinggi daripada Kerajaan Persekutuan kerana peranan dan keistimewaannya dari sudut pengeluaran hasil padi yang membantu memelihara keterjaminan makanan negara.

“Tetapi ada masalah yang dibangkitkan kerajaan negeri iaitu ia membebankan kerana kelompok penanam padi ini dalam kalangan miskin yang mesti dibantu… Kerajaan Persekutuan sejak tahun lalu telah meningkatkan (Skim Subsidi Harga Padi) daripada RM350 per tan sebelumnya dinaikkan ke RM500,” katanya.

Beliau turut memaklumkan bahawa banyak pelabur berminat melabur di Kulim Hi-Tech Park yang menuntut negara menyediakan sumber tenaga yang berkemahiran dalam Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

“Ini keadaannya, sebab itu saya rasa bagi kita Kerajaan Persekutuan dan negeri tumpukan ini… kita berdepan cabaran menyediakan tenaga kerja yang cukup, kejuruteraan, TVET dan AI (kecerdasan buatan).

“Pada 10 hari bulan ini, saya akan lancarkan Fakulti AI pertama di Malaysia. Saya nak anak-anak muda kita punyai kepakaran serta kemahiran dan akan selaraskan dengan universiti di seluruh Malaysia supaya kita tidak ketinggalan dalam bidang AI,” katanya.

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

2026 Shandong Innovation-Driven Development Conference & 7th Binzhou Talent Festival Held in Binzhou

BINZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - On July 18, the 2026 Shandong Innovation-Driven Development Conference & 7th Binzhou Talent Festival was held at the Yellow River Delta Trading Center in Binzhou.

Befar Group Achieves Mass Production of 6N-Grade High-Purity Hydrogen Fluoride

BINZHOU, CHINA - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - On July 19, Shandong's Befar Group achieved a technological breakthrough in four key areas of process, engineering, testing, and filling to bring its high-purity hydrogen fluoride (HF) for semiconductor applications to the 6N grade (99.9999%).

Shopee Launches #MyShopeeJingle Competition with S$10,000 Cash Prize and Opportunity to Create Its Next...

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - Shopee today launched #MyShopeeJingle, a nationwide competition inviting tertiary students across Singapore to create the next soundtrack for Shopee's iconic 12.12 campaign.

Freshening Leverages Shopee’s Integrated Solutions to Scale Consumer Brand Zappy

SINGAPORE - Media OutReach Newswire - 22 July 2026 - As more established Singapore businesses adapt to changing consumer shopping habits, Shopee is helping manufacturers strengthen direct relationships with consumers through e-commerce, enabling traditionally B2B businesses to build recognised consumer brands and drive long-term growth.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings