the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 3, 2026
27.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kerja baiki mendapan selesai, Jalan Masjid India dibuka semula

DBKL umum kerja baiki mendapan di Jalan Masjid India selesai, jalan dibuka semula selepas siasatan dan pemantauan keselamatan.

KUALA LUMPUR: Kerja pembaikan permukaan jalan yang terjejas akibat insiden mendapan berhampiran kawasan Masjid India telah selesai pada pukul 6 petang tadi.

Jalan Masjid India yang ditutup pagi tadi sebagai langkah keselamatan kini dibuka semula kepada laluan awam.

Menurut kenyataan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), siasatan mendapati mendapan berlaku secara setempat yang menandakan gangguan pada kestabilan struktur turapan.

“DBKL akan meneruskan pemantauan rapi serta melaksanakan pemeriksaan dan pengimbasan lanjut di lokasi dan kawasan sekitar,” menurut kenyataan itu.

DBKL menegaskan keselamatan orang awam menjadi keutamaan utama.

Pihak berkuasa merakamkan penghargaan kepada semua pihak atas kerjasama serta pematuhan arahan keselamatan sepanjang kerja pemulihan.

Terdahulu, DBKL memaklumkan kejadian mendapan berlaku di Jalan Bunus, berhadapan premis Bombay Jewellery pada pukul 8.39 pagi tadi.

Susulan insiden itu, pasukan DBKL, Air Selangor, Indah Water Konsortium dan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dikerahkan ke lokasi.

Pasukan berkenaan menjalankan siasatan awal dan menilai tahap risiko struktur di kawasan terjejas. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

Bora Pharmaceuticals Completes Acquisition of MacroGenics’ Rockville Manufacturing Operations

TAIPEI, TAIWAN - Media OutReach Newswire - 2 July 2026 - Bora Pharmaceuticals Co., Ltd. ("Bora" or "Bora Group"; TWSE: 6472; OTCQX: BORAY) today announced the completion of its acquisition of the GMP manufacturing operations of MacroGenics, Inc. (NASDAQ: MGNX) including its biologics drug substance facility in Rockville, Maryland and an associated warehousing center in Frederick, Maryland, for total consideration of US $122.5 million through its wholly owned subsidiary Bora Biologics USA, LLC.. Upon closing, Bora signed a long-term CDMO Service Agreement with MacroGenics.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings