the sun malaysia ipaper logo 150x150
Friday, July 24, 2026
28.5 C
Kuala Lumpur
the sun malaysia ipaper logo 150x150

Kerjasama dan tadbir urus AI kukuh kredibiliti industri Malaysia

Fadillah Yusof seru kerjasama kerajaan-industri-akademia perkasa tadbir urus AI, SIRIM perkenal pensijilan AI dan inovasi baharu

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof menyeru kerjasama lebih kukuh antara kerajaan, industri, ahli akademik dan inovator bagi memperkasakan kredibiliti industri negara di peringkat global di samping memastikan Malaysia terus berpegang teguh kepada kualiti, kemampanan dan kecemerlangan.

Beliau berkata kerjasama rentas sektor sedemikian amat penting bagi memastikan setiap piawaian, pensijilan, produk dan penyelesaian teknologi memberi sumbangan bermakna kepada kedudukan antarabangsa Malaysia, khususnya melalui institusi nasional seperti SIRIM Berhad.

“Kita tetap teguh menyokong SIRIM sebagai badan pensijilan negara dan sebagai institusi terkemuka yang menerajui tadbir urus kecerdasan buatan (AI), pembuatan pintar serta ekosistem industri mampan.

“Kita mesti memilih kerjasama, inovasi dan tanggungjawab untuk memastikan masa depan industri Malaysia dibentuk oleh kekuatan, kemampanan dan kecemerlangan global,” katanya ketika berucap pada Majlis SIRIM Industri 2025 yang bertemakan “Kualiti dan Kemampanan menerusi Inovasi Dipacu AI” di sini malam ini.

Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata Malaysia mesti bertindak tegas dalam menerima pakai AI sebagai pemangkin untuk kilang yang lebih pintar, operasi yang lebih hijau, produk yang lebih selamat serta daya saing bertaraf dunia.

Beliau berkata peranan SIRIM telah berkembang melangkaui menetapkan piawaian, sebaliknya memposisikan sebagai sebuah organisasi yang membentuk potensi industri dan memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai rakan global yang diyakini.

“Selama 50 tahun, SIRIM bukan sahaja menetapkan standard, ia telah menentukan hala tuju potensi hasil masa hadapan. Ia menjadi arkitek senyap di sebalik keyakinan yang dinikmati Malaysia hari ini sebagai rakan perindustrian global yang dipercayai.

“Kerangka Ekonomi MADANI dan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) memandu kita di sepanjang perjalanan ini, mengingatkan bahawa kekuatan ekonomi tidak bermakna melainkan ia inklusif, mampan dan berteraskan nilai,” katanya.

Pada acara itu, SIRIM Berhad mengumumkan pengenalan dua pensijilan baharu, iaitu Pensijilan Sistem Pengurusan AI (ISO/IEC 42001) dan Pensijilan Sistem Pengurusan Inovasi (MS ISO 56001).

ISO/IEC 42001, piawaian antarabangsa pertama di dunia untuk tadbir urus AI yang bertanggungjawab dan telus, menyediakan organisasi dengan rangka kerja tersusun untuk mengurus AI secara beretika dan bertanggungjawab.

Sementara itu, MS ISO 56001 menawarkan pendekatan sistematik bagi organisasi untuk mengurus inovasi dengan berkesan, memperkukuh proses dalaman, memupuk kreativiti secara tersusun dan membina kemampuan inovasi jangka panjang.

SIRIM Berhad juga telah diiktiraf oleh Malaysia Book of Records kerana mempunyai 396 juruaudit, jumlah tertinggi dalam sesebuah organisasi di negara ini, sekali gus menekankan keupayaan teknikal yang kukuh dan komitmen jangka panjangnya terhadap jaminan kualiti negara.

Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Pelaburan & Pengurusan) Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Datuk Bahria Mohd Tamil, Pengerusi SIRIM Datuk Dr Khairol Anuar Mohamad Tawi, Pemangku Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SIRIM Nik Sazali Nik Hussin serta Ahli Lembaga Pengarah SIRIM. – Bernama

STAY AHEAD OF THE CURVE

Join our community for instant updates and exclusive content.

Join Telegram Channel

Related


spot_img

Latest News

RZOLV and Alkemio Bioscience forge strategic collaboration to advance rare earth and critical minerals...

RZOLV Technologies has signed a non-binding letter of intent with Argentina-based Alkemio Bioscience to jointly develop an integrated modular platform for recovering, separating and refining rare earth elements and critical minerals, paving the way for pilot-scale validation and commercial deployment.

“Across the Table” – Iconic chefs come together for luxury dining series at The...

The Naka Island, Phuket, will host the "Luxury Dining Series: Across the Table" from 12–15 August 2026, featuring Michelin-starred chefs, renowned mixologists and immersive culinary experiences that celebrate fine dining, Thai hospitality and the island's rich culture.

Shopee strengthens support for Malaysian businesses with new growth initiatives

Shopee Malaysia has introduced new seller growth initiatives under Shopee Lindung Niaga, including fee waivers, reduced commission rates, free advertising credits and fulfilment incentives to help local MSMEs start, scale and grow sustainably.

Watsons unveils “Watsons Evergreen” with Pantone to celebrate 185 years of trusted care and...

Watsons has launched "Watsons Evergreen" in collaboration with the Pantone Color Institute to celebrate its 185th anniversary, introducing a signature colour that represents trusted care, everyday vitality and the brand's enduring connection with customers across global markets.

STAMPEDE creates 11,000 free business pages to bring Singapore’s AI push to local F&B...

STAMPEDE has launched 11,000 free business pages to help Singapore F&B operators adopt AI-powered loyalty programmes, enabling hawkers, cafés and restaurants to improve customer retention, referrals and repeat visits without complex technology or additional hardware.

Alylytiq launches AI-powered research solutions to make big-brand insights affordable for Singapore SMEs

Market research consultancy Alylytiq LLP today announced the launch of Automytiq, a suite of AI-powered research solutions designed to make professional-grade market insights accessible to Singapore's small and medium-sized enterprises.

Thailand secures $43.6bn 1H 2026 investment surge as big tech accelerates Southeast Asia AI...

Thailand recorded US$43.6 billion in investment applications during the first half of 2026, led by AI data centres, digital infrastructure and renewable energy projects, strengthening its position as a key Southeast Asian hub for technology, manufacturing and foreign direct investment.

Most Viewed

spot_img
WC26

World Cup 2026

Updates, Fixtures, Results & Standings